Wednesday 1 September 2010

Malaysuan Book of Record - 31 Ogos 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
    Segala puji bagi ALLAH swt, TUHAN sekalian alam..
    selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi MUHAMMAD saw, keluarga serta sahabat 
alhamdulillah..semalam 30-31 Ogos 2010, kolej kediaman KHAR telah mencipta sejarah, iaitu dengan mengahasilkan logo 1 Malaysia terbesar dengan menggunakan botol terpakai. program ni sebenarnya sambungan daripada SAHUKA yang dijalankan pada awal Ogos yang lalu. so, kemuncaknya pula pada 30-31 Ogos.. kerjasama daripada semua pihak telah berjaya menyiapkan logo tersebut. pada malam ambang merdeka (30 Ogos), program bermula selepas solat taraweh, iaitu mengecat botol2 yang belum dicat. di samping itu persembahan kawad formasi daripada palapes upsi juga dijalankan yang mana mereka membuat 3 persembahan.. yang pertama aku tak ingat, yang ke-2 pula tarian haka (kot) dan yang ke-3 ni sangat seronok sebab palapes buat persembahan simulasi perang hendap.. mula-mula sangat terkejut sebab bunyi macam dekat medan perang betul2 lah. dengan bunyi bom, senjata..lagi pun senjata betul yang diguna..so,nampak macam real la..dan asap yang mengaburkan pandangan kami..wahhh..lepas tu, diteruskan dengan deklamasi sajak dan ucapan perasmian oleh pengetua KHAR dan count down merdeka..tepak pukul 12.00 a.m 31 Ogos 2010, terdengar sahutan suara anak-anak merdeka.. alhamdulillah progaram berjalan dengan lancar..habis jak program ambang merdeka..kami beramai-ramai bekerjasama menyiapkan logo 1 Malaysia.. ada yang cuci botol, mengecat, meyusun, melukis dan sebagainya..daripada program sebegini..kerjasama antara kami dapat diwujudkan..hehehehe.. ya ALLAH penatnya, semalam ndak tidur demi KHAR tak apa.. aku susun warna merah lepas tu beralih pula ke warna hitam pada ejaan MALAYSIA, masyaALLAH sangatlah payah nak buat huruf A sebab banyak lengkungan..hehehe..siap jak buat huruf M, kami makan sahur yang disediakan oleh Mak Wan isteri kepada felo, En Ghazali Din (tQ mak wan)...susun punya susun dan akhirnya tepat pukul 5.45a.m 31 Ogos 2010 logo 1 Malaysia daripada botol plastik berjaya disiapkan..alhamdulillah..terimakasih kepada semua tenaga kerja sama ada langsung atau tak langsung..ukwah anatara kita akan kekal berkekalan.. ameen..

Seterusnya.. siang 31 Ogos 2010..logo 1 Malaysia yang dihasilkan daripada botol plastik dirasmikan dan dicatat dalam Malaysian Book of Record..wakil daripada MBR, miss Mira menyampaikan sijil MBR kepada pengetua KHAR en.Norazman. panjang logo 1 Malaysia ialah 122m dan botol yang digunakan melebihi 75 000 botol..sangat besar logo yang tercipta..memenuhi ruang dataran dan tempat parking..



-TAMAT-
alhamdulillah..


No comments:

Post a Comment