Wednesday, 20 October 2010

Bersenam



bersenam baik untuk kesihatan


Ramai orang ambil ringan akan bersenam. Kalau ditanya soalan "apakah kepentingan bersenam?" pada setiap orang di muka bumi ni, insyaAllah semua boleh jawab. Inilah jawapan-jawapan tipikal masyarakat pada soalan ini.


1. Untuk menyihatkan badan.

2. Untuk membakar lemak.

3. Untuk menguruskan badan.

4. Untuk menghilangkan stress..etc


Pendek kata, semua orang sedia maklum akan kepentingan bersenam; untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat. Tapi, masih ramai yang mengabaikannya, masih ramai yang meninggalkannya. Bukan saja golongan yang sudah bekerja (golongan sibuk dengan tugas), tapi golongan pemuda pun turut meninggalkannya.. 


aku juga tidak terkecuali, malas sangat nak pergi bersenam, sebab itu badan selalu rasa lesu dan      rasa nak tidur je sepanjang hari

Ramai lebih suka duduk terperap dalam rumah. dalam kes yang lebih ekstrim , duduk terperap dalam bilik dan menyihatkan jari-jemari (main games, tengok movie atau berchatting). Ada juga yang sengaja melepak-lepak di tepi jalan/ sungai atau jambatan, membuang masa berborak kosong bersama teman-teman. Alangkah ruginya. Bukankah lebih elok kalau pergi bersukan? Sekurang-kurangnya boleh sihatkan badan..


Selalu lepak kat tepi sungai dengan kawan lepas habis jogging. Tapi, lepaknya lebih lama daripada jogging..

Dalam 10 muwasofat muslim (10 sifat-sifat muslim) yang digariskan imam Hassan Al-Bana, qawiyyul jismi (sihat tubuh badan) merupakan salah satu daripada 10 kriteria tersebut. Nah, ulama' pun berpendapat bahawa mempunyai tubuh yang sihat adalah penting. Dengan badan yang sihat, mudah untuk kita melakukan ibadat. Dengan tubuh yang sihat, mudah untuk kita melaksanakan tanggungjawab dakwah.


Selain itu, sabda Rasulullah SAW :

"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah, tapi keduanya hendaklah ada kebaikan" (Riwayat Muslim)

Ulama' mentafsirkan bahawa, "kuat" yang dimaksudkan dalam hadis di atas bukanlah semata-mata dari segi jasmani, tetapi juga dari segi rohani. Pendek kata, mukmin kena seimbang; rohani dan jasmani.


p/s: aku salah seorang yang sangat-sangat malas nak bersenam, selalu terperuk dalam bilik dan diapit dengan dinding yang konkrit..masyaALLAH..ruginya aku..so, Apa lagi kawan-kawan? Ayuh, kita lazimkan bersukan. Badan cergas, otak cerdas, insyaAllah.



No comments:

Post a Comment