Saturday 9 October 2010

Hati


Hati...,sesuatu yang unik kewujudannya. Mempunyai bentuk yang nyata..., juga memiliki rasa..Sebagai salah satu organ, juga sebagai salah satu sifat yang memenuhi perasaan. Bila dilihat sebagai organ, hati yang sehat akan mempengaruhi kesehatan jasad seluruhnya. Bila hati mengalami kecederaan atau diserang penyakit, kesihatan seluruh tubuh turut terganggu.

Bila disebut tentang hati yang bersaudara kembar dengan jiwa, ianya akan berkait rapat dengan perasaan. Hati yang baik dan sejahtera akan memberi perasaan tenteram dan membentuk watak mulia dan bersopan. Kedua-dua bentuk hati ini tetap punya kesan besar dalam kehidupan insan. Sehat hati, sehatlah jasad dan mulia peribadi.

Dalam memenuhi tanggungjawab berubudiyah serta melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah, kita perlu memiliki hati tulus dan ikhlas. Tulus tanpa sebarang kepentingan peribadi. Ikhlas semata-mata mengharap redha Allah. Inilah gambaran hati yang sungguh indah. Kebaikannya akan membawa manfaat kepada hidup insan lain.

Wahai hati yang bisa melukis pelangi, 
kemana warna mu pergi? 
Hingga yang kau tinggalkan hati kaku berwarna putih? 
Kemana awan berarak pergi, 
membawa pelangi hati? 
Akhirnya hujan turun membasahi hati ini.

Dengan namaMu yang Maha Agung lagi Maha Tinggi,
Ku ziarahi hati-hati yang Engkau limpahi kasih Ilahi...,
Moga ini Engkau redhai sebagai amal soleh.

Wahai setiap hati yang sentiasa diperhati,
Sentiasalah melaraskan kedudukan hatimu 
di landasan iman dan taqwa;

"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram".(QS AR-R'ad:28)

P/S: Hati di dalam dada, ada istilah; dalam dada ada istanaNya, dalam istana ada Qalb, dalam qalb ada Fuad, dalam Fuad ada syaqaf, dalam syaqaf ada lubb, dalam lubb ada sirr . . dalam sirr ada AKU . . itu pasal ada 7 lapis . . nabi beritahu, Taqwa tu di dalam dada, dia tunjukkan ke adada sebanyak 3 kali  . . orang akan berkata, uih, dia tu penuh Ilmu di dada bilasaja mengetahui dia tu bijak bicaranya

demikianlah HATI

No comments:

Post a Comment