Wednesday, 6 October 2010

Jalan Ke Syurga

Allahumma Solli 'ala Saiyidina Muhammad
Wa 'Ala Ali Saiyidina Muhammad




Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Bismillahirrahmanirrahim..

Syurga..negeri indah yang jauh di mata, tapi setiap jiwa mengharapkannya. Ada yang berusaha sungguh-sungguh, ada pula yang jatuh bangun untuk mendapatkannya. Tapi?adapula yang putus asa, sehingga membiarkan dirinya tenggelam dalam kubangan dosa. Mengapa? Kerana, dia merasakan jalan ke syurga itu sulit, melelahkan serta banyak rintangan.

Sungguh, wahai kawan yang hampir putus asa, atau telah berputus asa, dan kawan-kawan yang tak ingin berputus asa, telah ku dapati perbualan penuh nasihat dalam tulisan yang singkat, tentang jalan paling mudah dan dekat menuju syurga?

Inilah perbualan yang ku maksud?

Si Fulan bertanya pada temannya,
Wahai saudaraku tercinta! Apakah engkau menginginkan syurga??

Temannya menjawab,
Siapakah dari kita yang tidak ingin masuk syurga? Siapa di antara kita yang tak ingin mendapatkan kenikmatan yang kekal abadi? Dan siapakah di antara kita yang tak ingin merasakan kesenangan yang kekal, serta kelazatan-kelazatan yang terus menerus, yang tak kan lenyap dan tak pula terputus??

Si Fulan berkata,
Kalau begitu?maka mengapa engkau tak beramal soleh yang dapat menyampaikanmu ke syurga??

Temannya menjawab,
Sesungguhnya jalan ke surga itu sulit, panjang, penuh rintangan dan duri. Sedangkan diriku ini lemah, tak dapat aku bersabar atas kesulitan dan kesusahan yang terdapat di jalan itu.?

Si Fulan berkata,
Saudaraku, jika engkau merasa tidak dapat bersabar dalam mentaati perintah-perintah Allah, serta bersabar untuk menjauhi perbuatan-perbuatan maksiat selama di dunia, jadi bagaimana engkau akan bersabar jika nanti di akhirat engkau menjadi penghuni neraka Jahanam?! semoga Allah melindungi aku darinya.?

Temannya menjawab,
Inilah yang mempengaruhiku dan menjadikanku bimbang dalam urusanku. Akan tetapi. Aku tidak mengetahui apa yang harus kulakukan dan dari mana aku harus memulakannya?. Dan sungguh aku telah terlanjur terjerumus ke jalan maksiat dan hal-hal yang diharamkan.?

Si Fulan berkata,
Aku akan menunjukkan padamu jalan pintas yang akan menyampaikanmu ke syurga. Dan jalan ini adalah jalan yang mudah, tidak ada kesulitan mahupun usaha yang berat di dalamnya.?

Temannya berkata,
Tunjukkan padaku jalan itu, semoga Allah merahmatimu. Sungguh aku selalu ingin memngetahui jalan yang mudah itu.?

Si Fulan berkata,
Jalan yang dimudahkan ini, dijelaskan oleh Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah dalam kitabnya ?Al-Fawaaid?, dimana beliau berkata,

"Marilah masuk ke syurga Allah, serta berdekatan denganNya di Negeri Keselamatan. tanpa ada letih, tanpa ada kesulitan dan tanpa ada susah payah. bahkan melalui jalan yang terdekat dan yang termudah. Sesungguhnya, engkau saat ini sedang berada pada satu masa di antara dua masa, dan pada hakikatnya masa itu adalah umurmu, iaitu dimana saat ini engkau ada, di antara masa yang telah lalu dan masa yang akan datang..

Adapun masa yang telah lalu, maka ia diperbaiki dengan taubat, penyesalan serta permohonan ampun. dan itu bukanlah sesuatu yang sulit bagimu serta tidak memerlukan amal-amal yang berat karena sesungguhnya ia hanyalah amalan hati..Dan pada masa yang akan datang, berusahalah menjauhi dosa-dosa..dan usahamu untuk menjauhi dosa itu adalah hanya berupa usaha untuk meninggalkan dan bukanlah ia merupakan amalan anggota badan yang menyusahkanmu kerana sesungguhnya ia hanyalah berupa kesungguhan serta niat yang kuat yang akan menyenangkan jasadmu, hatimu serta rahsia-rahsiamu...

Apa yang terjadi pada masa lalu, diperbaiki dengan taubat, dan di masa mendatang diperbaiki dengan penghindaran (dari yang haram) dengan kesungguhan serta niat. dan tidak ada kesusahan bagi anggota tubuh atas dua usaha ini.. Akan tetapi, yang terpenting dalam masa kehidupanmu adalah masa di antara dua masa (yaitu dimana saat ini engkau berada). Jika engkau mensia-siakannya maka engkau telah mensia-siakan kebahagiaan dan kejayaanmu. Namun, jika engkau menjaganya dengan perbaikan dua masa, iaitu masa sebelum dan sesudahnya, dengan cara yang telah disebutkan..maka engkau akan selamat dan menang dengan mendapatkan kelapangan, kelazatan serta kenikmatan..Maka, inilah jalan ke surga yang mudah itu...Bertaubat atas apa yang telah lalu kemudian beramal soleh serta meninggalkan maksiat pada masa yang akan datang.

Si Fulan menambahkan,
Dan kusampaikan pula padamu sabda Nabi sallallahualaihi wasallam,

"Setiap ummatku akan masuk syurga, kecuali yang enggan.. maka sahabat bertanya, siapakah yang enggan itu wahai Rasulullah? Nabi menjawab, Siapa yang mentaatiku maka ia masuk syurga dan siapa yang tidak taat padaku maka dialah yang enggan.. (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Dan juga sabda Nabi shallallahualaihi wasallam,
"Syurga itu lebih dekat kepada salah seorang dari kalian dibandingkan dekatnya tali sendalnya terhadapnya, demikian pula dengan neraka.." (Muttafaqun ?alaih).

wallualam..

2 comments:

  1. ya..smoga perkongsian ni brmanfaat buat kita hambaNYA..smoga ALLAH redha..syukran ct..

    ReplyDelete