Monday 25 October 2010

Mencari Kekasih



Assalamuallaikum wbk..
Alhamdulillah, syukur padaMU ya Rabb.. Baru selesai mendengar tazkirah "Mencari Kekasih" yang disampaikan oleh Ustaz Anhar Bin Opir bertempat di Foyer Blok 2 KHAR. Rasa bertuah kerana dapat bersama-sama dalam majlis ilmu. Alhamdulillah, sekarang aku nak kongsi serba sedikit tentang perkara yang aku dapat daripada majlis ilmu tadi, semoga isi yang disampaikan akan mampu aku sematkan dalm diri dan praktikkan dalam kehidupan seharianku sebagai hamba kepada ILAHI. Sungguh, tazkirah yang disampaikan tadi telah memberi 1001 mutiara-mutiara ilmu dalam diri aku yang lemah ni.


"Barang siapa keluar menuntut ilmu, ibarat dia sedang keluar pergi berjuang di jalan ALLAH sehinggalah dia kembali semula"..


Ustaz mengatakan, kami (kita) semua ini adalah pencari kekasih, yang sedang dalam usaha dan proses dalam mencari kekasih. Walaupun bumi Tanjung Malim dibasahi hujan sehingga menyebabkan tempat asal majlis ilmu basah..kami tetap datang untuk mencari kekasih. Betul! sudah fitrah manusia yang sanggup berkorban apa sahaja untuk mendapatkan kekasihnya. Tapi, kekasih yang bagaimana kita cari?


Sebelum menjawab soalan itu, ustaz memberi definisi mencari kekasih. Mencari dapat ditakrifkan sebgai satu proses atau usaha yang dilakukan untuk mendapatkan sesuatu perkara. Manakala kekasih pula dapat dibahagikan kepada 3 kategori. Pertama ialah kekasih sejati, iaitu betul pada niat dan amalannya, yang kedua ialah kekasih palsu, yang menyalahi konsep islam. Namun, kekasih sejati atau kekasih palsu tetap dipanggil kekasih. Seterusnya, yang ketiga ialah Cinta atau al-hubb.


Berbalik kepada soalan tadi, dalam mencari kekasih kita perlu melalui banyak laluan atau simpang pencarian, iaitu usaha dalam mencari kekasih, melakukan istiqarah, membuat pilihan dan bertawakkal kepada ALLAH. "tidak menyesal orang yang melakukan istiqarah, dan tidak akan rugi orang yang melakukan istiqarah", yakinlah dengan janji ALLAH. Dalam pencarian, kita akan menemui banyak simpang, betul?. Ya, tapi kita perlu membuat pilihan yang tepat supaya tidak menyesal, justeru semasa mencari kita kena fikirkan perkara yang ada diakhir persimpangan itu, bukan pada perkara yang ada diawal persimpangan sahaja.  Jangan pula kita berseronok di awal persimpangan yang dipenuhi dengan bunga-bunga cinta sehingga kita lupa dann tidak memikirkan perkara yang mendatang. Bak kata orang putih, begin with the end. Supaya tiada penyesalan apabila kita berada di akhirnya. Jangan sudah terhantuk baru terngadah.


Seterusnya, Kasih atau Cinta dapat dilihat melalui 8 perkara. Aku simpulkan sahaja,
  1. Syagaf (kehendak), boleh rujuk surah yusuf:30
  2. Assyauk (rindu), kekasih sentiasa merindui Kekasihnya
  3. Cinta buta, manusia buat apa yang dia mahu, bukan apa yang dia tahu
  4. Mawaddah (kasih sayang)
  5. Rahmah (belas kasih/perasaan kasih),Ar-Rum:21
  6. Cenderung
  7. Kasihan
  8. Kesedaran
(**maaf, aku tak dapat nak bagi tulis detail sangat)


Manusia, memang fitrahnya untuk rasa disayangi dan menyayangi. Apakah salah untuk kita bercinta?  Tidak salah, tapi akan menjadi salah kiranya kita meletakkan cinta sesama makluk itu pada tempat yang tidak sepatutnya. Hal ini kerena Rasa cinta pada tahap yang pertama patut kita labuhkan hanya padaNYA sahaja, diikuti dengan cinta dan sayang kita kepada Rasulullah SAW, seterusnya cinta kepada jihad fisabillilah dan akhirnya cinta kepada sesama makhluk. Jadi jika bercinta, bercintalah keranaNYA dan biarlah rasa cinta kita itu dilabuhkan pada tempat yang sepatutnya, jangan kerana cinta nafsu, maruah tergadai. Sehingga kita kembali kepada kehidupan lampau yang jahil seperti di zaman jahiliah yang mana mereka menanam bayi perempuan hidup-hidup dan zaman firaun yang membunuh bayi lelaki. Tapi malangnya, pada zaman serba canggih ini, lebih teruk daripada zaman-zaman itu sehingga  bayi lelaki dan perempuan dibunuh dan dibuang sesuka hati!


Islam agama yang syumul, ALLAH tidak pernah menyusahkan hambaNYA, tapi kita yang selalu menyusahkan diri sendiri. Konsep Islam amat mudah, AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR. Ia harus bergerak seiring, saling lengkap melengkapi, jadi bersama-sama lah kita berpimpin tangan dalam mencari Kekasih yang hakiki.
Jadi, secara ringkasnya, mencari kekasih merupakan satu proses atau usaha yang perlu ada dalam diri seorang hamba. Tidak salah untuk mencintai sesama makhluk kerana itu adalah fitrah kita sebagai manusia, asalkan kita meletakkan cinta itu pada tahap yang sepatutnya. Akhir kata, menemui KEKASIH yang sebenar merupakan cinta dan nikmat yang teragung. Percayalah!


p/s: Sayang kamu juga sebab sudi menerima ajakanku, walaupun tidak fokus sangat sudah pada sesi akhir majlis ilmu..semoga perkara yang disampaikan akan sentiasa mekar di lubuk hati dan diamalkan dalam kehidupan seharian..insyaALLAH..


-Wassalam-

No comments:

Post a Comment