Thursday, 28 October 2010

Tudung Labuh?

wanita hiasan dunia


Assalamuallaikum..


Alhamdulillah, syukur atas rahmatNYA. Tudung labuh? suka aku katakan yang aku sangat suka dengan orang yang bertudung labuh. Aku punya rasa kagum yang sangat mendalam pada insan-insan yang bertudung labuh. Sejak dahulu lagi, aku suka dengan cikgu dan ustazah ku yang bertudung labuh, aku sangat sayang dengan mereka. Aku juga menyimpan azam untuk bertudung labuh seperti mereka. Tapi, aku hanya seorang insan yang lemah, jahil dan tidak mengerti akan makna hidup. Dulu, pernah aku usulkan pada mama aku untuk bertudung labuh, tapi mama aku senyum jak dulu, dan dia tak bagi berubah secara mendadak. Mama aku suruh aku ubah penampilan aku dengan perlahan-lahan. Habis sekolah menengah, aku cuba ubah diri dan penampilan aku. Tapi timbul persoalan dalam benak aku, bilakah aku akan pakai tudung labuh? 


Kini, aku berada di alam Universiti. Sejak aku keluar dari takuk lama (alam sekolah), aku sudah simpan azam untuk bertudung labuh. Jadi, aku mula memakai tudung bidang 60 sejak aku melangkah masuk ke alam Universiti. Tapi, sampai sekarang aku hanya mampu menggunakan tudung bidang 60 sahaja. Apa beza tudung labuh dengan bidang 60? Pada aku ada bezanya, kerana pada aku tudung labuh  berjahit dan bidang 60 pula tidak berjahit. Ya, walaupun bezanya sedikit cuma, tapi tetap berbeza. Jujur aku katakan, aku tersentuh setiap kali melihat orang yang bertudung labuh, berbaju kurung dan jubah. Sering kali aku bertanya pada diri, bila aku boleh jadi seperti mereka? Dan sekali lagi, pernah aku usulkan pada mama aku untuk pakai tudung labuh dan bukan bidang 60. Tapi, mama aku tak bagi, bukan sebab dia menolak perubahan yang ingin aku lakukan, tapi mama mahu aku istiqamah dahulu. Mama kata, kalau mahu bertudung labuh, kena teruskan sampai akhir hayat, jangan sesekali tanggalkan. Itulah cabarannya. Ya! aku takut aku tidak mampu istiqamah, tapi padaMU jua aku meminta ya RABB..mama, doakan anakmu ini..


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-nur:31)


Tapi, sering kali juga aku terdengar atau terbaca tentang cemuhan-cemuhan akan orang yang bertudung labuh. Siapa kata semua yang bertudung labuh ni alim, baik dan sopan? Jika benar pun orang yang bertudung labuh ni tidak alim, tidak sopan dan baik, layakkah kita untuk mencemuh hijab yang dipakainya. Tidak! jangan sesekali benci pada tudung labuhnya , tapi bencilah pada sikapnya dan bukan pada orangnya. Manusia tidak pernah lepas daripada melakukan dosa, tapi tegurlah dengan cara yang berhemah. Jika benar orang yang bertudung labuh ni melakukan perkara yang salah, tegurlah dia dengan cara yang berhemah. Tapi, orang yang bertudung labuh pasti akan menunjukkan contoh yang baik, InsyaALLAH. Pakaian merupakan cermin kepada maruah dan akhlak kita. Biarlah pakaian seiring dengan akhlak.


Kawan aku selalu kata, dia tersentuh tengok orang yang bertudung labuh. Ketahuilah Siti, aku juga sama. Aku malu pada diri aku dan aku lagi malu pada PENCIPTAku..Siti selalu tanya pada aku, bila dia boleh pakai seperti itu (tudung labuh)? dan aku hanya mampu katakan padanya, berubahlah secara perlahan-lahan. ALLAH sedang menguji kita, supaya kita mendengar teguran yang ingin disampaikanNYA..InsyaALLAH..Perjalanan hidup kita terlalu panjang, tapi kita tidak tahu di mana kita akan berhenti dan bagaimana pengakhirannya? Jadi, biarlah perubahan yang ingin kita lakukan itu berada pada landasan yang diredhaiNYA. Syaitan itu kreatif, dia akan lakukan apa sahaja supaya kita jauh daripada rahmat ALLAH. So, Jangan takut untuk berubah!


(impian ana . . ^_^)




p/s: "Apa yang hendak kita lakukan mestila kita yakin. jangan terlalu memikrkan apa yang orang perkatakan kerana di dalam setiap perubahan ke arah kebaikan mestilah dugaan nya amat berat. Anggaplah ia satu cabaran dan perubahan yang kita lakukan adalah untuk menjaga diri kita. tidak semua faham apa yang kita mahukan dan tidak semua faham mengenai kebaikan. Orang yang yakin dirinya ingin berubah ke arah kebaikan sentiasa dibantu oleh Allah bagi memudahkan segala urusan. Jadi kenalah yakin apa yang hendak kita buat dan jangan mudah terpengaruh dengan kata2 orang yang hanya tahu berkata-kata tapi tidak tahu apa maksud yang sebenarnya." Berubahlah kerana ALLAH.. good luck dila, chaiyok2!!



8 comments:

  1. insyaAllah....moga Allah berikn kekuatan bt ukhti n sahabat yg lain...dikongsikn nukilan fatimah syarha yg sy postkn d blog..

    http://khabardaribayu.blogspot.com/2010/10/kisah-wanita-tudung-labuh.html

    ReplyDelete
  2. syukran jazilan atas prkongsian... ^_^

    ReplyDelete
  3. deela...kita sama....yang penting kekuatan hati dulu....bila bertudung labuh secara tibe2..mungkin akan timbulkan fitnah pula pada yang memandang...wanita yang baik ialah wanita yang menjauhkan dirinya dari fitnah....berusahalah ke arah itu.....mujahidah itu sangat manis tetapi banyak halangan nya...

    ReplyDelete
  4. ya awin..semoga niat yg trtanam dalam hati, akan mampu direalisasikn pd masa akn datang..biarlah waktu yg menntukn..insyALLAH

    ReplyDelete
  5. salam. bukan tudung yang labuh jadi persoalan. utama tapi menutup aurat. dan..jika tudung labuh itu adalah cara menutup aurat yang lebih baik, dekati ia segera.
    ~mungkin 'ia' akan menjadi asbab kepada kita untuk menjadi lebih baik. bukan tunggu jadi baik baru nak pakai.
    ~sekadar pandangan dari sang adam yang faqir

    ReplyDelete
  6. wsalam sdra kamsar..ya, syukran jazilan atas teguran dan pandangan..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah... didoakan semoga impian ukhti terlaksana nanti... ameen...

    ReplyDelete