Monday, 1 November 2010

Aku Rindu

ku titipkan rindu di angin lalu...pic by dunkeltoy deviantart




Assalamuallaikum . . .


Aku rindu, tersangat rindu dengan mama dan bapa aku. Sungguh aku rindu! tidak mampu lagi aku tahan rindu yang mendera, lalu aku titipkan nukilan ini khusus untuk mama dan bapa aku yang berada jauh di bumi bayu. Mama, bapa..ketahuilah anakmu ini sangat merindumu. Sedih, ya aku sangat sedih. Sekarang ni musim cuti sebelum exam bermula, Bumi Tanjung Malim sunyi saat ini kerana hampir semua pelajar balik ke kampung halaman. Aku? aku tidak balik sempena cuti study week ni, tapi insyaALLAH akan balik untuk cuti semester nanti.


Tiada ungkapan lain yang mampu aku katakan melainkan rindu terhadap kedua orang tuaku. Walaupun aku sudah balik cuti raya yang lalu, tapi aku tetap juga merindui mereka. Rindu untuk baring di riba mama, rindu untuk bercerita dari hati ke hati dengan mama, rindu untuk berkongsi pengalaman dengan mama, rindu dengan masakan mama, rindu untuk bercerita dengan bapa, rindu untuk makan udang besar yang dibeli oleh bapa dan aku rindu segalanya, huh! Rasa diri macam anak manja pulak kan, tapi itulah hakikatnya. Aku bukanlah anak manja yang selalu mahu bermanja dengan mama dan bapa, tapi sekali aku rindu, hanya air mata yang menemani tidurku.


if you ask me for my rain, I'll give you rainbows
if you ask me for my smile, I'll give you my laugh
if you ask me for my life, I'll give you my future
I love you, where ever you are . . for rich and for poor
because mom and dad, I'm you best little girl forever 


Ok! cukuplah luahan hati anak yang rindu akan mama dan bapanya..hehehe, malu pulak rasa hati..


p/s: Rindu maw makan udang besar, di teda yang besar, kecil jak..mahal pulak tu.. ^_^



4 comments:

  1. wahh..abangku..adikmu pun rindu sama kamu..lalala..eya, steady jak aku sini..
    good luck exam ya, jgn fb n blogging jak..hahaha

    ReplyDelete
  2. tq..sbb sudi melawat blog dan menjadi follower...nice entery..jadilah anak yang solehah untuk..ibu dan bapa..insyAllah..berjaya dunia akhirat...gud luck ukhti..

    ReplyDelete