Sunday, 7 November 2010

Al-Walid

بسم الله الرحمن الرحيم


ya ALLAH..kasihi ayahku, sebagaimana dia mengasihiku

Assalamuallaikum wbk . . .

Sedang mendengar lagu sentuhanmu (InTeam), tiba-tiba rasa rindu pada bapa. . Ya ALLAH, mendalamnya maksud lagu ni. Sampai ke dalam hati maksudnya, betapa banyaknya pengorbanan seorang bapa. Sungguh, aku rasa sedih dan terharu. Cuba selami maksud lagu ni, banyaknya pengorbanan yang dilakukan oleh seorang bapa tapi tidak sedikit pun dihargai oleh anaknya. Adakah aku begitu? TIDAK, TIDAK SAMA SEKALI!! ya, aku bukan begitu. Pak, ketahuilah.."uhibbuka jiddan-jiddan"..

Aku rapat dengan bapa mungkin sebab aku satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Aku sayang dengan bapaku. Setiap yang aku mahu pasti akan dipenuhi oleh bapa. Aku bukanlah anak manja yang selalu mengadu, bukan juga seorang anak yang kuat. Tapi, bapa juga lah yang selalu memberi sokongan pada aku setiap kali aku mahu lakukan sesuatu, bapa juga yang selalu menasihati aku dan bapa juga sering memarahi aku jika aku melakukan benda yang tidak disukainya. Macam petang tadi, bila bapa call dan aku bagitau dia yang aku ada kat pasar/pekan padahal masa tu sudah jam 6.30 petang. kalau kat KK memang sudah malam (gelap), tapi kat semenanjung keadaan masih terang, bapa terus marah dan cakap; "perempuan ndak bagus jalan malam-malam ni, balik cepat..bahaya anak dara jalan waktu macam ni..ndak payah la pegi pasar malam!"..

See? betapa sayangnya bapa kat aku, anaknya. Walaupun bapa jauh di negeri bayu, tetap juga dia ambil kisah akan anaknya, setiap 10 minit bapa call dan tanya aku sudah sampai kat rumah atau belum. Ya, memang itulah sikap seorang bapa. Bapa juga lah yang berkorban masa untuk jemput aku di airport setiap kali aku balik KK, dari jam 5 lagi bapa tunggu di airport walaupun flight aku sampai dalam jam 6/7 petang. huh..besarnya pengorbanan bapa.  Banyak suka duka dengan bapa. 

Aku ingat lagi, masa tu aku di tahun 3, aku terlibat dalam kemalangan jalan raya. Habis seluruh badan aku calar dek kena geser dengan tayar kereta. Bapa risau betul dengan keadaan aku sebab minggu berikutnya bapa mahu pergi Mekah, tunaikan Haji. Memandangkan aku rapat dengan bapa, dia risau untuk tinggalkan aku. Tapi, seruan haji harus ditunaikan juga. Setiap kali free, bapa akan call rumah dan tanya keadaan aku. Seminggu sebelum bapa pulang ke tanah air, aku kena demam campak. mama kat sebab rindu dengan bapa..hehehe..tapi, sampai jak bapa di rumah terus aku sembuh. Wahh..hebat kan aura seorang bapa.

Bapa jugalah yang bekerja siang malam, mencari rezki buat keluarga. Seawal jam 4 pagi lagi bapa keluar pergi kerja (solat subuh kat kedai) dan balik dalam jam 5 petang. Penat! memang penat, tapi itulah pengorbanan bapa pada kami sekeluarga.


DaripadaAbu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:“Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.” Riwayat Muslim

ya walidi, lau samahtu (wahai ayahku, ampunkan aku). 

Hj Nurdin Bin Kasim..uhibbuka jiddan-jiddan



Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu

Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu


Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu

Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu


C/O
Oh ayah,

Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan


Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku

Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera


Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa

Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa


Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan

Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..


Sentuhanmu
Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team

http://liriknasyid.com

2 comments: