Saturday, 13 November 2010

Bila Isteri "Mengamuk"

(jangan tiru aksi ini)

kekeadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan lautan cemburu
apa bukti setia suamimu?
atau apakah kau sedang berkira-kira
hendak 'mendua', 'mentiga' dan
'mengempatkan' aku?

kekadang disergahnya suami
ketika keringat masih membasah
baru melangkah masuk pintu rumah

ketika itu muhasabahlah diri
mungkin suami berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak penzaliman dan penganiayaan
yang telah dilakukan
lalu datang 'sergahan' itu sebagai peringatan

suami,
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji dirimu satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, beraubatlah

jangan berkira-kira hendak 'mendua'
kalau satu itu pun tak mampu dijaga
jangan kemampuan harta dan fizikal 
sahaja diperhitungkan 
tetapi mampukah meratakan keadilan
memimpin penuh kasih sayang?

sebaliknya jika ternyata isteri itu melulu
nasihatkanlah dia baik-baik
ingatlah mestika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayyub

atau..ingatlah pesan Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami
yang dileteri isterinya,
"bersabarlah kerana sesungguhnya
isteri telah banyak membantu kita..

dia menyelamatkan kita daripada amukan nafsu
dia yang membantu menjaga anak-anak kita
dia yang membantu menjaga makan minum kita
dia yang mencuci baju-baju kita
dia yang membantu membersihkan rumah kita

lalu, apakah salahnya kita bersabar
dengan kerenah mereka?

taburkanlah segengam salji
pada secubit api..
InsyaALLAH . . .
Cinta itu akan semarak kembali

sumber : solusi 24


p/s: "Sayang biar sampai ke syurga. Itu sayang yang sebenarnya."


4 comments:

  1. menarik :)
    Ramai kawan2 saya baca solusi, tapi malang saya tak punya banyak masa nak membaca ia :(

    ReplyDelete
  2. bacalah..curi sdikit masa..insyaALLAH, bnyk manfaatnya...klu kat smnnjg ni sng skit nak dpt, kat sabah pyah jg..,,hehehe

    ReplyDelete
  3. IM cukup dah dengan satu ini. tak mahu ghaflah..

    ReplyDelete