Monday 1 November 2010

Hutang!

picture by ~mh2enough


Assalamuallaikum  wbk . . .


Alhamdulillah, saya mulakan tulisan ini dengan lafaz Bismillah. PTPTN? Hampir semua mahasiswa/i sama ada yang belajar di IPTA atau IPTS membuat pinjaman PTPTN untuk menampung kos pembelajaran. Walaupun bukan semua, tetapi hampir semua. Baru sebentar tadi aku mendengar isu PTPTN di IKIM.FM, yang mana isunya berbunyi seperti ini, wajarkah pinjaman PTPTN ini dimansuhkan dan ditukarkan kepada biasiswa kepada semua pelajar, setuju atau tidak?


Pendapat aku sebagai seorang pelajar tentu sekali setuju! ya, aku sangat setuju, tidak salah kiranya pinjaman PTPTN ini dimansuhkan dan diberikan percuma kepada semua pelajar, perkara tidak akan memberi kerugian kepada kerajaan pun sebab pelajar-pelajar inilah yang nantinya akan keluar sebagai penyinar masa depan negara pada masa akan datang. Malah, melalui pemansuhan ini juga akan dapat memberi peluang kepada golongan susah untuk sambung belajar, dan tidaklah timbul persoalan "aku orang susah, tak ada duit nak sambung belajar, lebih baik aku kerja tolong mak ayah aku",(dialog rekaan) see? Malah, biasiswa yang ditawarkan akan jadi pembakar semangat kepada pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh dan mengejar biasiswa yang ditawarkan.


Namun begitu, pendapat kerajaan dalam menggantikan pinjaman PTPTN kepada biasiswa apabila mendapat pangkat satu juga merupakan langkah yang baik sebab hal ini akan menjadi pemangkin kepada pelajar untuk belajar dengan baik dan mendapatkan keputusan yang cemerlang sekali gus tak prlu bayar hutang. Hutang PTPTN merupakan beban. Ya, aku akui yang PTPTN memang beban, tapi, kalau tak ambil susah juga nak sambung study. Mahu atau tidak memang kena ambil juga. Tapi, nak bayar balik memang susah dengan kadar bunga yang tinggi. Tapi, jika pinjaman ini digantikan kepada biasiswa tetapi dikawal sepenuhnya adalah lebih baik.


Jadi, pada pendapat aku sebagai pelajar, molek lah kiranya pinjaman PTPTN dimansuhkan dan diberikan percuma kepada pelajar dan jika tidak dimansuhkan, pelajar yang berhutang perlu bayar jumlah yang dihutang sahaja tanpa dikenakan bunga.


wallahualam


p/s: Tapi, ada ura-ura yang pinjaman PTPTN akan dimansukan.. Sama-samalah kita berdoa supaya pemansuhan hutang diluluskan dan kita tidak terbeban dengan hutang yang banyak apabila habis belajar kelak. Ameen..^_^



3 comments:

  1. aku pom sama r...hate bunga PTPTN..tp rasanye terpaksa amek juga...sebab JPA janji kosong!!...dulu masa diploma aku dapat biasiswa JPA, dan dlm syarat tersebut menyatakan mana2 pelajar yg pernah menerima biasiswa JPA dan cukup syarat akan diutamakn. dan aku memenuhi syarat tersebut...

    Tapi aku kesal permohonan di tolak!! org cakap kerajaan xde duit, so aku terima seadaanya, tp sekarang aku betul2 xleh terima, cz kerajaan nak buat bangunan 100 tingkat..ada pulak duit..!! bengang tul...!!

    sorry luah perasaan marah kat page ko ye...huhuhuhu...

    jom jalan2 blog aku...http://juongjournal.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. eh tak da la, luah je..hehehe
    ermm, betul la 2.. kebajikan pelajar lbh pntng.. tp sama2 la kita brdoa spya bunga ptptn 2 dimansuhkan..mahal kot,

    ReplyDelete