Wednesday, 3 November 2010

Kerja adalah Ibadah

picture by 4121 devianART




Ibadah di dalam Islam merupakan kemuncak bagi sifat kepatuhan hamba kepada Allah. Ibadah memberikan kesan yang mendalam di dalam perhubungan sesama manusia dengan Allah dan makhluk yang lain. Menurut pandangan ulama’, ibadah merupakan setiap seuatu yang disukai dan diredhai oleh Allah.

Ia meliputi ibadah umum dan ibadah khusus. Ibadah khusus yang terdapat di dalam rukun Islam seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji serta amalan-amalan lain yang dilaksanakan untuk mendapat keredhaan Ilahi dan dalam mengamalkan syariatNya adalah termasuk dalam pengertian ibadah. Bertitik tolak dari pengertian inilah, Islam menetapkan supaya seluruh hidup manusia dipelihara agar menjadi ibadah dan taat kepada Allah SWT seperti firman Allah yang bermaksud:

Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mebgabdikan diri kepadaKu. (Surah al-Dzariyyat: 51)

Tuntutan Penting Dalam Melakukan Ibadah


1. Mesti memastikan ibadah saya mempunyai hubungan dengan Allah. Ia merujuk kepada martabat ihsan dalam ibadah sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud:


“Bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatnya,jika engkau tidak melihatnya(sekalipun)sebenarnya ia melihat engkau (Muttafaq ‘Alaih)

2. Mesti melakukan ibadah dengan penuh khusyuk sehingga dapat merasai kelazatan serta kemanisan, malah mendatangkan kekuatan pada saya untuk berterusan mengerjakannya.

3. Mesti beribadah dalam keadaan hati saya merasai kehadiran Allah dan pengawasan Allah yang berterusan setiap masa.


Kerja Sebagai Satu Ibadah

Setiap pekerjaan(yang pada lahirnya tidak dilarang oleh Allah), tidak akan menjadi baik melainkan apabila amal itu terbit daripada niatnya yang baik, bersih dan tulus kerana Allah. Ia tidak mencari sesuatu daripada amalan itu melainkan redha Allah semata-mata.

Tuntutan Penting Dalam Menjadikan Kerja Sebagai Ibadah

1. Niat Ikhlas Kerana Allah. Ia akan mengangkat manusia kepada kemuncak ketinggian dan kemuliaan insan. Ikhlas juga akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan, membawa kedamaian dan kesejahteraan serta terhindar dari sifat riya’ demi mengharapkan redha Allah.

2. al-Sidq (Benar). Ia akan menjamin dalam mengembalikan hak-hak kepada yang berhak, memperkukuh ikatan antara masyarakat tidak kira seorang alim, pemimpin, hakim, saudagar, lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa. Menurut Imam al-Ghazali ada beberapa jenis sifat sidq. Di antaranya ialah :

  • Benar pada lidah – menyampaikan suatu kenyataan atau berita menepati apa yang sebenarnya
  • Benar pada niat – membuat sesuatu amal kebajikan kerana Allah
  • Benar pada azam – Membulatkan tekad melakukan kebajikan seperti yang telah diazam
  • Benar pada janji dan benar pada amal – Berusaha bersungguh-sunnguh supaya amalan lahirnya menepati dengan apa yang tersembunyi dalam dirinya.

3. Amanah. Orang yang amanah akan mendapat kepercayaan orang ramai sebaliknya orang khianat menjadi tumpuan kemarahan dan kehinaan Ia merupakan asas kepada ketahanan umat, kestabilan negara, dan roh kepada keadilan.

4. Fatanah (Bijaksana). Bijaksana dalam melaksanakan sesuatu kerja dengan menghindari perkara- perkara yang boleh mendatangkan ketidakpuashatian tidak bertempat, mengagihkan kerja mengikut keupayaan seseorang, menyampaikan arahan serta memelihara aib saudara seIslamnya yang lain.


Kesimpulan

Sebagai hamba Allah, amat penting untuk kita menyedari untuk memastikan segala pekerjaan yang kita lakukan tidak lain dan tidak bukan, hanya semata kerana Allah. Tidak terlintas di dalam hati untuk mengharapkan pujian, pangkat dan harta tetapi apabila dikurniakan Allah lantaran ikhlas dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan, anggaplah ia merupakan kurniaan Allah yang menghargai hambaNya yang ikhlas sepanjang perjalanan hidupnya dalam menjunjung apa yang diperintahkanNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya.


Dicatat oleh iskandar zulkarnain


Petang tadi, dalam pukul 4.15 dapat call  dari pejabat Kolej (KHAR). Permohonan kerja masa cuti semester nanti diterima, alhamdulillah. Niat untuk balik ke bumi bayu terpaksa dibatalkan. Lepas tu terus call bapa.

aku   : hallo, assalamuallaikum, bapa di mana? 
bapa : wa'allaikumussalam, ha! dila kenapa nak? bapa tengah bawa kereta ni (driving
aku   : anu..tadi dapat call dari pejabat, kena terima kerja sudah
bapa : ha? bha.. nanti bapa call balik ya..

* selepas 15 minit..

bapa : hah, cakap apa tadi? (ndak bagi salam pun..hehehe)
aku   : bapa sampai rumah sudah?
bapa : eya..
aku   : anu bha, aku dapat kerja sudah, yang hari tu aku minta..
bapa : ooo.. jadi kau sudah beli tiket balik ka?
aku   : belum, baru jak maw beli..
bapa : ok la dapat kerja, boleh belajar hidup berdikari. Ndak pa, bapa izinkan juga.
aku   : jadi, bapa ndak kisah ka kalau aku ndak balik?
bapa : ndak juga, kalau kerja boleh belajar berdikari, oandai-pandai jaga diri. ok! bha maghrib sudah ni..
aku   : bha, ok la.. Assalamuallaikum..

tut...tut...tut..


p/s: bapa sudah bagi green light, insyaALLAH..^_^


No comments:

Post a Comment