picture by idkwanimut
Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
Ingatlah!
Ada dua pilihan yang terbentang
yang pertama,
kamu jadi seperti kelapa
mudah di perolehi..
di parut.. di perah..
dan di ambil santannya..
lepas itu hampasnya di buang..
Yang kedua,
kamu menjadi sebutir mutiara..
berada di dasar lautan..
dan tersimpan rapi..
di lindungi kulit..
bukan senang nak melihat..
apatah lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah..
berusaha menyelami dasar lautan..
dapat memperolehinya. .
harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya
Jadi..
kamu pilihlah sama ada,
hendak menjadi kelapa ataupun mutiara?
di sebalik santan
menjadi penyedap makanan
di perah segala kenikmatan
dengan mudah jatuh menjadi titisan
akhirnya habis kari dimakan
pulut panggang sisa habis di telan
dan santan hilang tak jadi ingatan
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang
orang tak kenang jasa santan..
Mutiara..
tertanam di dasar yang paling dalam
sukar andai mengharap jadi perhatian
kerana ia dilapisi kulit yang keras menghadang
namun kiranya di temui insan
akan menjadi permata hiasan
terletak tinggi di cincin idaman
atau di leher nan jinjang
atau di lengan menawan
makin lama mutiara tertanam
makin tinggi nilaian..
Oleh itu..
tentukan yang mana satu pilihan
menjadi santan?
mudah jadi perhatian
tapi hanya sebentar jadi santapan
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
menjadi mutiara?
sukar di temukan
namun bila di hias indah gadis perawan
hilang ia...
tangisan mengiringi berzaman
sumber: Laman Motivasi
p/s: Wanita soleha ibarat mawar berduri, dari jauh kelihatan cantik dan lembut, namun apabila didekati oleh lelaki ajnabi, durinya jadi perisai untuk memelihara diri..duhai muslimah, janganlah kau tumpulkan durimu hanya kerana insan yang bernama lelaki, kerana rojul yang soleh hanya akan memilih mawar yang tajam berduri!
menarik..buai perasaan la..
ReplyDeletebetul tuh....kepada semua kaum hawa...immukmin berpesan..jgn terlampau percayai lelaki...kepada lelaki..immukmin bukan nak sabotj kaum lelaki..even immukmin pun lelaki..tapi kita kina jaga kaum wanita..itulah amanah yg diberikan oleh Allah kepada seorang yg bergelar..lelaki...
ReplyDeletebetul2...:)
ReplyDeletemenarik. nk copy boleh x '' aku insan lemah '' .? hope boleh. tq.! :)
ReplyDeletesilakan awak..perkongsian ilmu bersama..
ReplyDeletesemoga ALLAH redha..^^