picture by shiigirl devianART
sahabat,
kadang tak pasti
apakah telah aku temui
atau hanya aku yang tak menghargai
sedang mereka sentiasa di sisi
hidupku yang kadang tak keruan
buat aku rasa hilang panduan
kerana aku masih mencari
erti iman dalam diri
dan saat itu, pasti ada yang ku sakiti
sahabat,
aku tak pasti
apakah yang ini, atau yang itu
sedang aku sering melulu
saat fikiran rasa buntu
pada mereka ku salur amarahku
segelintir masih utuh
segelintir mula menjauh
sahabat,
aku tak pasti
apakah aku mampu punyai
sedang aku sendiri sering menyakiti
saat aku tewas dengan duniawi
aku menggapai dalam mencari
sedang aku ini keras dalam hati
sering mahu hidup sendiri
walau hati penuh ingin miliki
sahabat yang sejati
sahabat,
aku mungkin telah temui
namun tidak aku hargai
kadang aku mudah menyalahi
namun
jauh dalam sudut kerasnya hati
kau masih di sini
dalam hati yang tak kupunyai
sahabat,
aku tak pasti
buat yang telah lelah
buat yang sudah tidak betah
maafku terusku pohon
emosi sering menguasai diri
andai jalan kita berhenti di sini
semoga jalan kita yang bersimpang ini
masih menuju hanya Illahi
by: Cahaya Pencinta
p/s: Dalam mencari sahabat kadang-kadang kita sentiasa ditipu dengan tingkah laku seseorang. Rakan yang disangka sahabat sanggup menikam kita tatkala kepercayaan diberi manakala rakan yang disangka musuh sanggup menghulurkan bantuan. Memang dunia ni penuh dengan keunikan. Setiap insan memiliki personaliti yang berbeza. ukwahfillah..^_^
No comments:
Post a Comment