Sunday, 12 December 2010

Hujan itu..

picture by google image 
Assalamualaikum..


Alhamdulillah, bersyukur diri ini ke hadrat ILAHI, dalam minggu ni, hampir setiap hari hujan membasahi bumi bayu.. Sekian lama tidak mengupdate blog kerana masalah line  yang tak OK.. ^_^


Hujan, rahmat yang tidak ternilai buat semua makhluk. Rasa sangat nikmat semasa hujan turun. walaupun banyak kerja yang tak siap kerana hunjan yang turun, namun hati terasa tenang dan damai. Bila hujan turun waktu pagi, kain tak dapat nak disidai. Jadi, kerja menyidai kain terbengkalai. Namun, nikmat hujan itu sangat bernilai, rasa sejuk yang mendamaikan hati. Mata juga terasa berat kerana sejuk yang menyelubung. MasyaALLAH, hujan itu mampu menyejukkan hati yang tengah panas.


Dalam minggu ni juga, masalah air kat kawasan perumahan ni semakin menjadi-jadi. Selama 2 hari bekalan air terputus. Langsung tiada walau setitik air pun yang keluar dari pili. Lori tangki air juga datang untuk menghantar air kepada penduduk. Baru kini ku rasa betapa seksanya hidup tanpa air. Baru kini ku tahu, bagaimana kehidupan tanpa air. Walau hanya sementara cuma, tapi rasa sakit yang dirasai dek ketiadaan air hanya ALLAH yang tahu. Dan, kala hujan itu turun, rasa damai datang lagi. Sejuk dan damai.. rasa sakit hati kepada pihak pemaju yang mematikan air kerana proses penyelenggaraan kian surut. Macam-macam alasan yang diberikan pasal masalah air. Katanya, hendak dibaiki. Namun, sudah dibaiki, tapi masih lagi dimatikan. Apakah?


Pabila hujan itu jatuh ke bumi. Rasa marah yang kian marak menjadi tenang semula, setenang hujan itu turun bumi. Malah, dengan air hujan itu lah orang guna untuk mencuci kain dan sebagainya. MasyaALLAH, hujan itu sangat banyak nikmatnya..


Hujan itu, ada yang memaki pabila hujan turun kerana tidak kering pakaian. Ada juga yang marah kerana kerja-kerja yang tertangguh. Apakah kita tidak tahu mensyukuri nikmatNYA? Pabila hujan itu turun, sungguh! aku rasa sangat bahagia. Aku sangat suka akan hujan. Aku tahu, betapa peritnya hidup dalam keadaan gersang sebagaimana yang ku rasai beberapa hari yang lalu. Maka, nikmatilah rahmat yang ALLAH kurniakan ini. Jika hujan yang turun sehingga mendatangkan musibah, itu adalah kerana ALLAH nak menguji hambaNYA. Kerana hujan pada asalnya adalah rahmat daripadaNYA..




p/s: Alhamdulillah..air dah OK, walaupun masih putus-putus..

4 comments:

  1. insyAllah...dan satu lagi perkara...doa mudah di makbulkan ketika..hujan....hohoho..nice entri..

    ReplyDelete
  2. ya..insyaALLAH..owh, syukran ats perkongsian jg ^_^

    ReplyDelete
  3. semalam baru hujan lebat di egypt, hujan yang memberi amaran untuk berjaga2 dengan kesjukan yang melampau ;) nice entri!

    ReplyDelete