salam 2011M ^_^ |
Assalamualaikum . .
Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat yang ALLAH kurniakan kepada diriku juga kepada keluarga, sahabat serta saudara-saudaraku. 2010 sudah berlalu, semoga tahun yang ditinggalkan meninggalkan kenangan yang baik untuk diingati juga menjadi platform untuk berubah dan tahun yang mendatang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
cara hidup menentukan cara mati,
cara mati menentukan cara dibangkitkan di padang Mahsyar,
cara dibangkitkan menentukan sama ada Syurga atau Neraka.
ya, bait kata di atas memang perit untuk ditelan, tapi itulah kebenarannya. Bagaimana cara hidup kita sekarang? MasyaALLAH, banyaknya dosa-dosa yang sering dilakukan, semoga ALLAH mengampunkan aku dan kita semua hambaNYA. Tanpa petunjuk yang betul, kita akan dihanyutkan oleh dunia yang penuh tipu daya dan kerana itulah ada penyair yang mengungkapkan bahawa dunia ini sebagai belantara kehidupan.
Tahun Hijrah sudah tiba, dan kini kita melangkah ke tahun baru Masihi. Salam tahun baru 2011 aku ucapkan kepada semua saudara seakidah denganku. Semoga ALLAH merahmati kalian, biarlah tahun yang berlalu menjadi nuansa nostalgia yang baik untuk dikenang.
Dalam tahun 2010 yang lalu, terlalu banyak musibah yang berlaku dan melanda dunia, seperti tsunami, letusan gunung merapi, banjir dan sebagainya. Sebagai hamba ALLAH, kita wajib meyakini kasih sayangNYA. kalimah basmalah yang sering diungkapkan sentiasa menjadi sebutan kita. Namun, apabila musibah melanda, kita sering tertanya-tanya, mengapa? mengapa ALLAH yang maha pengasih dan penyanyang itu mentakdirkan begitu? Adakah sudah sirna kasih sayangNya? JANGAN! jangan begitu, dalam apa jua keadaan atau musibah yang melanda, yakinlah! pasti ada hikmah di sebaliknya. Semua manusia pasti ditimpa musibah, tidak kira baik atau jahat. Cuma bagaimana keadaan seseorang semasa ditimpa musibah dan bagaimana dia menghadapi musibah menentukan darjatnya di sisi ALLAH. It's not what happen to you, but it's what you do about it.
"Apakah manusia menyangka bahawa ia akan dibiarkan begitu sahaja dengan pengakuan kami telah beriman , sedangkan mereka belum diuji?" (Surah al-ankabut 29:2)
Akhirkata, hidup di dunia hakikatnya adalah gelanggang mujahadah. Kita di sini untuk menanam. Di sana (akhirat) nanti barulah kita menuai. Musim bertanam memanglah payah, apabila menuai nanti barulah terasa nikmat dan seronoknya.
Salam tahun baru 2011, mohon ampun dan maaf andai coretan di sini pernah megguris hati. Maafkan insan lemah ini, bukan niat untuk menyakiti atau menghina tetapi sekadar untuk berkongsi. Semoga kalian berada dalam kesejahteraan sepanjang tahun 2011 ini, insyaALLAH - kulluam wa antum bikhair.
p/s: untuk membaiki dunia, baiki manusianya dan untuk membaiki manusia, baiki hatinya.
No comments:
Post a Comment