Tuesday 22 February 2011

Pilihan Raya

picture by google image
Assalamualaikum wbk..


Berkisah tentang pilihan raya, pasti semua Universiti di Malaysia sibuk dengan pilihan raya yeng akan atau telah berlangsung. kalau kat UPSI ni, pilihan raya dah berlangsung sejak minggu yang lalu lagi. Penamaan calon dan kempen telah berlangsung sejak minggu lalu dan membuang undi pula hari ni (Isnin). Pilihan raya ni tujuannya untuk pilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Masa mula-mula dengar pasal pilihan raya ni, rasa pelik sebab tak tahu pula yang kat U pun ada pilihan raya, ingatkan pilihan raya untuk Negeri/a je..


Poster banyak tergantung, keadaan kampus dan kolej nampak meriah. Aku pun sibuk juga nak tengok calon yang beratanding. rasa tak tahu nak undi siapa. Baiklah pendapat aku pasal pilihan raya kali ni sangat menankutkan. Kenapa? sebabnya ada pihak pro dan kontra, iaitu pihak Mahasiswa Pendidik (MP) dan Pimpinan Bitara (PB). Lebih dikenali dengan Gelombang Kuning (MP)  dan Biru (PB). Aku pun tak pasti sangat sebab tak alert  dengan perkembangan pilihan raya ni. Masa hari pertama kempen, tak adalah bising sangat dan rasa sama je macam sem yang lepas. Tapi, masa hari sabtu dan Ahad (malam) lepas, keadaan sangat menakutkan, gelombang kuning berarak masuk, sangat ramai. aku cuma tengok dari atas dan tak join sekali. Rasa takut tiba-tiba, sebabnya tak pernah benda ni berlaku kat depan mata aku. Pengalaman pertama..


Akhir kata, siapa pun yang akan jadi MPP UPSI, semoga amanah yang diberikan kepada mereka dapat dilaksanakan dengan baik, dan kebajikan setiap mahasiswa/i terbela serta dijauhkan daripada sebarang masalah. Semoga ALLAH meredhai usaha kalian..





*gambar2 dari fb

p/s: aku nak masuk bertanding juga la..^^

1 comment:

  1. memang sngt menyeramkan kan malam tu...iekah turun jugak n then rase takut pula tetiba...mane tau kalau terjadi apa2 yang x diingini...walau apa pun keputusan dah diketahui.....kita berharap pentadbir baru ni mampu menjlnkan manifeso mereka seperti yang mereka janjikan.....gooo UPSI

    ReplyDelete