Wednesday 2 March 2011

Ilmu

image by Lady Tori

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbk..

Sekian lama tidak membuat entry baru, maaf. Hari ni aku pergi ke satu majlis ilmu yang di sampaikan oleh Ustaz Zulkarnain Hamzah dan sangat-sangat memberi impak pada jiwa aku dan aku nak berkongsi sedikit ilmu yang aku peroleh sebagai manfaat juga peringatan buat diri aku dan kepada yang membaca. Mungkin ada yang kurang, jika ya tolong perbetulkan. Syukran..

Bicara tentang ilmu, ilmu adalah pelita yang menerangi hati dan jiwa setiap insan.
ALLAH menciptakan manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi, untuk menjadi pentadbir di atas takdir ALLAH. Bagaimana ALLAH menciptakan Nabi Adam a.s? ALLAH menciptakan Nabi Adam daripada selaut tanah, dengan memerintahkan malaikat izrail untuk mengumpulkan setiap juzuk tanah yang ada di muka bumi ini. tanah hitam, tanah putih dan tanah merah. Oleh sebab itu, terdapat macam-macam warna kulit manusia. Ada yang putih pucat, hitam manis, hitam legam, kemerah-merahan dan lain-lain.

MasyaALLAH.. Sesudah itu, ALLAH memerintahkan malaikat izrail untuk menguli tanah-tanah yang dah dikumpulkan dengan menggunakan 3 unsur air. Air tawar, air masin dan air busuk. Betul? Sebab itu dalam jasad manusia mengandungi banyak air . Kalau menangis keluar air masin, kalau tidur keluar air tawar (air liur), kalau buang air keluar air busuk dan sebagainya.

Setelah diuli dan diadun dengan sebati, jasad nabi Adam dikeringkan  di antara dua pintu, iaitu pintu syurga dan neraka. Kemudian, ALLAH meniupkan roh ke dalam jasad maka terciptalah makhluk yang sempurna dan manusia adalah sebaik-baik kejadian. lelaki tidak sempurna tanpa perempuan dan sebaliknya, kerana itu lelaki dan perempuan saling melengkapi antara satu sama lain. Maka, terciptalah hawa sebagai pelengkap kepada adam ..

 Jadi, sebagai manusia kita kena bersyukur dengan segala nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita. Sungguh, tak mungkin dapat dihitung segala nikmat ALLAH.. Roh adalah kehidupan, di dalam kehidupan manusia terdapat 3 sifat, iaitu JASMANIAH, SULTANIAH & ROHANIAH. Daripada 3 sifat ini akan lahir 3 perasaan, iaitu mutmainnah (baik), amarah (keji/ marah), lawwamah(berbolak-balik / tercela).

Jasmaniah ialah jasad manusia yang perlu diberi makan, kerana jasad adalah sumber kehidupan kita. Tanpa jasad, kita tidak mampu melakukan apa-apa perkara. Daripada jasad inilah kita akan membentuk Sultaniah, iaitu akal manusia. ALLAH kurniakan akal kepada manusia, kerana manusia adalah sebaik-baik ciptaan. Jika nak dibandingkan dengan haiwan, ALLAH kurniakan nafsu kepada haiwan tetapi tidak akal. Nafsu dan akal adalah dua perkara yang dimiliki setiap insan. Tidak sempurna hidup seorang manusia itu jika dia tidak punya akal dan nafsu kecuali gila. Dengan ilmu yang ada kita dapat mengawal nafsu. Jangan pula nafsu yang mengawal akal, kerana nafsu tidak pernah puas.

Ilmu terbahagi kepada dua, iaitu duniawi dan ukhrawi. Kedua-dua ilmu ini sama penting dan perlu kita pelajari. Daripada ilmu itulah kita akan membentuk Rohaniah, iaitu perasaan, iman kita yang datang daripada amal jariah yang kita lakukan dengan bersungguh-sungguh. Seringkali kita dengar manusia berilmu tapi tidak beramal, ya itu adalah realiti kerana ada sesuatu yang tidak lengkap dalam dirinya. Jadi, sebagai insan yang diberi amanah menjadi khlifah di muka bumi ini kita perlu lengkap daripada aspek jasmaniah, sultaniah dan rohaniah. Ilmu adalah untuk diamalkan dan disebarkan, dengan ilmu kita dapat memujuk. Sebagai contoh, muzik adalah instrument yang dapat kita gunakan di jalan dakwah sama seperti hari ini. muzik adalah indah, ALLAH cintakan keindahan, indah adalah seni dan seni itu sifatnya halus, halus pula dapat menyentuh jiwa setiap insan. Sebarkanlah imu yang ada dengan penuh hikmah..insyaALLAH

Jadi, untuk memperoleh hati yang bersih lagi berilmu jangan tinggal majlis ilmu (aku selalu tinggal =_=), janggan tinggal baca Al-Quran walau sekali dalam sehari, janggan tinggal bangun malam (ni lagi selalu..),
Jangan tinggal zikrullah kerana zikir menghidupkan hati dan akhir sekali jaga pemakanan. Apa yang kita makan itu halal, haram atau syubhah. Kerana pemakanan melahirkan sahsiah kita.

Wallahualam..

p/s: pesan ustaz, sebagai pelajar banyakkan baca surah Al-Waqiah, insyaALLAH akan dipermudahkan segala urusan.. Semoga bermanfaat dan sama-sama muhasabah diri..^_^

4 comments:

  1. thnks kak.. dpt jugak input.. sbb mlm td as tak turun..

    ReplyDelete
  2. akak??..amboi..ye lah dik..hehhe

    ReplyDelete
  3. thanks kak 4 the info..
    skung pon tgh mncuba hdiri mjlis2 ilmu di poly nie..huhu
    jgn lupe trjah blog sy http://edentotapcool.blogspot.com

    ReplyDelete