Thursday 3 March 2011

Kita Tiada Cuti

picture by shine

Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar IMAN kita hari ini?
Wahai seluruh MUSLIM diluar sana..tanyakan pada IMAN kita..tanyakan
Baikkah IMAN kita hari ini? Tanyakan..tanyakan

Berkisah tentang cuti..
Setiap hari kita bekerja, kita belajar..pasti kita akan mendambakan CUTI..benar kan? Akan ada sekurang-kurangnya satu hari kita mahukan CUTI..untuk rehatkan diri dari kesibukan kerja. Benar? Tetapi, sedarkah kita sebenarnya TIADA CUTI? Kini semuanya perlu terus bekerja untuk menambah bekalan kita sebanyaknya, bekalan apa?? AMALAN itu BEKALAN kita.

WAKTU itu sangat berharga kan? Setuju? WAKTU adalah hidup..WAKTU lebih berharga daripada emas dan perak..WAKTU lebih berharga dan lebih tinggi ertinya daripada kepopularan dan kedudukan..

..dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir dan (apakah tidak) dating kepada kamu pemberi ingatan? (QS. Faathir,35:37)

Wahai makhluk yang diciptakan untuk beribadah,
Wahai makhluk yang diciptakan untuk memelihara waktunya besama Allah,
Wahai makhluk yang diciptakan untuk melihat risalah yang besar,
Apakah kita sudah meletakkan diri kita dalam waktu kita, siang dan malam?
Apakah kita tahu untuk apa saja kita habiskan minit-minit dan detik-detik kita seharian?

Wahai sahabat yang ku kasihi kerana Allah..wahai diri yang sentiasa gentar dengan nama Allah. Kita datang dan pergi untuk keperluan kita, dan keperluan orang hidup tiada pernah habis. Semua keperluan akan mati bersamanya, dan selama ia masih hidup, keperluan itu tetap ada padaNYA.

Rasulullah s.a.w bersabda:
Gunakanlah lima perkara sebelum datang lima perkara lainnya

Wahai sahabatku,

CUTI yang kita alami seperti cuti sekolah, cuti bulan madu dan sebagainya adalah perkataan yang dikenali dalam tradisi manusia TETAPI bukan percutian menurut Tuhan langit dan bumi, kerana seorang MUSLIM TIDAK ADA CUTI dan TIDAK PULA CUTI sebelum melangkahkan kakinya ke dalam syurga.

Seandainya setelah mati, kita biarkan, tentulah kematian menjadi tujuan setiap makhluk hidup..tetapi setelah mati kita pasti dibangkitkan hidup kembali dan Tuhan kita akan menanyakan segala sesuatu.

Wahai MUSLIM sekalian..

Kita tidak ada waktu cuti sepanjang siang dan malam kerana malaikat pencatat amal kebaikan sentiasa mencatat dan menulisnya, dan takkan pernah terlepas dari catitannya. Sama juga halnya dengan malaikat pencatat amal keburukan. Jadi, tiada jalan lari bagi kita dari Allah. Kita pasti akan kembali hanya kepadaNYA..

Atha bin Rabah berkata kepada para pemuda yang dilaluinya, sedang mereka dalam keadaan diam, tidak melakukan aktiviti apa pun..Mengapa kalian tidak bertasbih dan berzikir? Apakah kalian lupa bahawa para malaikat akan mencatat semua perbuatan yang kalian lakukan?

Ayuh sahabatku..kita tak boleh berlengah lagi..manfaatkan setiap minit dan detik itu dengan manfaat keranaNYA. Jangan biarkan ia berlalu dengan sia-sia..kerana minit dan detik itu takkan kembali lagi..    TAKKAN KEMBALI LAGI.

wallahualam

sumber: Murabbi.net

p/s: life is a road full of thorns. one who walks it needs to have extreme patience.

2 comments:

  1. rupa2nya sy tlh byk kali mngmbil cuti..
    Ya Allah kau tnjukkanlh aku jln yg bnar dan dirdhai oleh Mu..
    huhu

    ReplyDelete
  2. kematian adalah rehat utk para mukmin...

    nice post

    ReplyDelete