Wednesday, 18 May 2011

Murabbi

Assalamualaikum wbk..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. .
Segala puja dan puji bagi ALLAH, Tuhan yang satu. Pemilik cinta Agungku, yang maha kuasa atas segalanya. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat serta sekalian anbiya.
16 Mei Hari Guru,
Hari mengenang jasa-jasamu
Terima kasih ikhlas untukmu yang rela berkorban selalu


Pernah dengar atau nyanyi lagu ni, mesti ramai yang tahu. Kalau tak salah aku, aku pernah nyanyi lagu ni masa di sekolah rendah dulu. Bila tiba hari guru, lagu ni selalu dinyanyikan. Guru penjana tranformasi pendidikan, tema hari guru tahun ni. Guru bertanggungjawab dalam mendidik bukan sahaja mengajar. Seorang pendidik tidak hanya mengajar tetapi mendidik murid-muridnya menjadi insan yang berkualiti. Lahirnya seorang pemimpin, seorang doktor, seorang usahawan ahli sukan, akauntan, seorang jutawan dan siapa pun sahaja kita pada hari ini adalah bermula daripada insan  yang bergelar guru. Bagaimana hebat pun diri kita pada hari ini, hakikatnya kita mendapat ilmu daripada guru. Walau siapa pun guru kita, sama ada kaya atau susah pun dia, dia tetap seorang guru. 

Guru dapat diibaratkan sebagai bintang-bintang di langit yang menjadi cahaya dan penunjuk jalan di darat dan di laut. Subhanallah, besarnya tanggungjawab yang dipikul oleh insan yang bergelar guru. Aku? Bagaimana dengan aku yang bakal menjadi guru pada masa akan datang? InsayALLAH, amanah yang bakal dipukul akan dilaksanakan dengan sebaiknya. Apatahlagi aku akan menjadi pendidik kepada ahli-ahli Syurga, iaitu permata-permata negara. Sungguh, sampai saat ni aku masih susah nak percaya yang aku akan jadi guru, mendidik kanak-kanak ni, mengajar mereka. Dapatkah aku lakukan? Mampukah aku menjadi murabbi yang bertanggungjawab, murabbi yang amanah? Murabbi yang penyayang?

Akhirkata, guru ibarat matahari yang bukan sahaja bertanggungjawab menyinari masyarakat, bahkan juga menyinari dirinya sendiri. Guru juga ibarat kasturi yang mengharumi anggota di sekelilingnya tetapi juga mengharumi dirinya sendiri.

hayati . . .

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita 
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan 
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan 
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan



p/s: Guru, cikgu, ustazah, ustaz dan apa sahaja gelarannya, terima kasih!! Jasamu dikenang selalu ^_^


3 comments:

  1. slamat hari guru kpd sume guru2!!

    ReplyDelete
  2. salam. terima kasih bagi 1 rangkap penuh lagu hari guru tu. lupa sudaa..

    ReplyDelete