Saturday 11 June 2011

Angin Rindu

Picture by VipRoom DevianArt

Assalamualaikum wbk..

Segala puji bagi ALLAH swt, Tuhan yang satu dan tiada taranya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw, keluarga serta sekalian sahabat.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Sekian lama aku tidak menulis, tiba-tiba angin rindu datang mengetuk hati aku. Sayup-sayup aku terdengar suara azan subuh berkumandang sebentar tadi. Sungguh aku rasa sangat bersyukur atas nikmat ALLAH kerana masih memberi ruang dan peluang kepada insan lemah ni merasai nikmat hidup sekali lagi.

Rindu. Ungkapan yang sering hadir dalam jiwa apabila diri berada jauh daripada insan yang dicintai kerana ALLAH. Ya, rindu teramat sangat. Kadang-kadang ungkapan ni sukar untuk dilafazkan terhadap dia yang dirindu, namun bahasa tubuh, ungkapan dan tingkah yang dipamerkan sudah jelas membuktikan yang diri ini rindu akan dirinya. Rindu datang dan pergi, rindu kepada yang Khalik adalah rindu yang hakiki.

Kini, ungkapan rindu itu datang lagi. Rasa rindu kepada mama dan bapa khususnya. Walaupun baru seminggu kembali ke bumi Tanjung Malim, rasa rindu kepada mereka sentiasa ada. Sebagai insan, ungkapan rindu ni hanya aku sisipkan buat insan-insan yang dicintai kerana ALLAH, insyaALLAH.

I miss you
to see you when I wake up
is a gift I didn't think could be real
to know that you feel the same as I do
Mama, Bapa.. I miss you both ^^


p/s: bumi Tanjung Malim sangat sepi.. dan rasa rindu maw masak-masak di rumah…^^

2 comments: