Monday 6 June 2011

Bahagian Tubuh yang Bererti





Assalamualaikum wbk . .


Allahumma Solli 'ala Saiyidina Muhammad 
Wa 'ala ali Saiyidina Muhammad

Suatu ketika tatkala bersama masyaikh dan muridin-muridin lain 
menadah kitab menerima Ilmu pada membicarakan sifat-sifatNya  ..
bertanyalah masyaikh ..pada anggota tubuh kamu itu bahagian manakah 
yang mahal ..yang penting yang memperlihatkan kezahiran sifatNya 

Maka dijawablah muridin-muridin yang dekat dengannya ..
maka semuanya kurang tepat ..dengan pelbagai jawapan 

Maka kata masyaikhku ..bahagian yang mahal lagi penting pada anggota manusia 
yang menjadi kezahiran sifatNya ialah mulut ..

kerana disitu terukir senyuman yang menzahirkan sifat JamalNya ..
sifat keindahanNya kecantikkanNya ..baik sesiapapun jika tersenyum ..
pasti akan zahir keindahanNya ..kecantikanNya 
lalu disambunglah dengan hadis senyum itu sedekah ..
senyum itu muqadimmah tahiyat ...yakni salam ..
yang mana salam itu menjadi  tahiyyat (penghormatan) sesama makhluk yakni manusia  
maka hendaklah kamu mendatangi seseorang dengan senyum lalu salam ...
kerana senyum itu kezahiran sifat JamalNya ..dan tambahkan senyumanmu itu dengan niat 
meletakkan kegembiraan di hati mereka yang diberikan senyuman ..lalu ucapkan 
tahiyyat (penghormatan) yakni salam ..

maka ... mulutlah anggota yang paling bererti ..
pada mulut itu adanya ilmu Tauhid Tasauf Feqah 
kerana mulut terbit senyuman maka ia menjadi kezahiran (mazhar) sifatNya (Tauhid) 
kerana mulut itu tempat sebab terbitnya niat mencampakkan kegembiraan pada diri mereka
yang disenyumkan ( Tasauf ) 
kerana mulut itu tempat penghormatan sesama makhluk pada sunat memberi salam 
dan wajib menjawab salam (feqah) 

Mudah2an ...
buat sekalian masyaikh yang memberi tunjuk ajar pada sekalian ummat kekasihNya 

Allahumma Solli 'ala Saiyidina Muhammad , Ya Robbi Wardho Anil Masyaikh
( Allah memberikan Rahmat dan Kesejahteraan kepada Nabi Muhammad s.a.w
Wahai Tuhanku, Berikanlah pula keRedhoan-Mu kepada  Guru-Guru kami sekalian ) 


sumber: Halaqah.com


p/s: Kita adalah apa yang kita kerjakan berulang kali. Dengan demikian, kecemerlangan bukan tindakan, tetapi kebiasaan

1 comment:

  1. sebab mulut badan boleh binasa...zaman sahabat dulu...kolom biji tamar sebab nak elak mulut cakap bukan2...

    -Yok mampir diluk = orang asli...bahaya pendakwah berbayar...

    ReplyDelete