Friday 8 July 2011

Ilmu & kesabaran


picture by beorange DevianArt




Assalamualaikum..


Didalam melayari bahtera kehidupan ini, adakala pelayaran itu tenang, ada kalanya terdapat gelombang dan ada kalanya dilanda taufan dan badai. Hanya kapal yang teguh dan nakhoda yang pintar sahaja dapat mengendalikan pelayaran yang sedang dilanda badai itu. Kesabaran...

Kesabaran dalam mentaati suruhan Allah dan RasulNYA. Kita kat dunia ni adalah musafir, jadi ibaratkan lah pelayaran tu sebagai kita bermusafir. Perjalanan hidup ini sedang menuju ke suatu destinasi yang kekal.

Dunia sebagai tempat persinggahan untuk kita bercucuk tanam. Berkebun untuk menuai hasil bila sampai destinasinya nanti. Namun kita mahu tanaman kita di sini mendapat hasil yang berganda-ganda. Ibarat sebutir gandum mengeluarkan 7 tangkai gandum. Itulah pelaburan namanya.

Walaupun payah, berkeringat untuk mencangkul, menggali lubang untuk bercucuk tanam, tetap diusahakan juga. Tanah yang keras, haiwan perosak, rumput yang bersaing, itu semua hanyalah ujian dan rintangan yang perlu kita sabar menanganinya.

Dugaan dan rintangan itu sebenarnya mendidik, mendidik untuk jadi penyabar, mendidik untuk menjadi tabah, mendidik untuk bersifat amanah dan mendidik untuk mentaati Allah dan RasulNYA. Mentaati ada 2 keadaan, mentaati untuk melaksanakan apa yang disuruh, mentaati untuk meninggalkan apa yang dilarang.

Ada orang dalam dia berkebun, untuk dapat hasil yang berganda, mungkin dia mendapatkan benih dengan cara yang salah, atau dia menzalimi haiwan lain yang akan merosakkan tanamannya. Ada banyak rintangan yang tujuan Alah datangkan adalah untuk melihat keimanan kita. Menguji kesabaran dalam diri.

Kalau bertanam tanpa banyak rintangan, hasilnya baik, tetapi tidak berganda sebab tak banyak ganjaran untuk bersabar. Laluannya mudah sahaja...

Begitulah kias ibarat dalam perkongsian ini. Makin hari, makin Allah datangkan ujian di dalam diri ini. Ujian dari berbagai sudut dan penjuru. Kalau nak tepis, tidak tertepis kerana datangnya tanpa signal dan amaran. Terus terpa...

Hanya sabar, doa dan zikir sahaja pengubat segala dugaan itu. Kadang-kala terasa amat berat, dan di kala itu hati tidak lepas dari memohon :



p/s: "Ya Allah, tunjukkan aku jalan keluarnya masalah ini. Aku tidak mengadu kepada manusia, ENGKAU yang Maha tahu apa yang aku nyatakan dan apa yang aku rahsiakan , maka terimakah keuzuranku, perkenankan hajat dan permohonan ku ini."




sumber: HalaQah.net


sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

No comments:

Post a Comment