Wednesday 13 July 2011

Kita..

image by basemsamir of devianart


Assalamualaikum..


Bila ku bilang pelangi itu empat warna..
kau tersengih geleng kepala..
bila ku kata salju itu sehangat bara..
kau tak nafi senyum bersahaja..

Apa yang ku bahas kau tiada peduli..
kerana bagimu minda ku secetek air perigi..
sedangkan tinggi akal mu mencecah matahari..
seluas lautan sehebat kawah gunung berapi..

Kalau aku salah..
kenapa kau tidak berhujah..
ajarlah aku menjadi betul..
bukan dibiar lurus bendul..

Kalau aku dungu..
titipkan aku secubit ilmu..
bisikkan aku cara melangkah..
walau tempang sekurangnya tidak rebah..

Andai aku bijak pandai..
akan ku bentuk emas dari pasir pantai..
jika aku otak bergeliga..
dah lama aku sampai ke angkasa raya..

Apa erti mu sebagai kawan..
jadi kan ku badut untuk diketawakan..
mana baktimu sebagai teman..
menyumpah ku jadi semut yang lemas dalam manisan..

Mungkin kerana diri mu bukan sahabat..
itu sebabnya ku dibiar terus tersesat..
mungkin juga sudah tersurat..
sahabat yang ku cari ada di akhirat...


karya: ToyolKiut.blogspot


p/s: aku sangat tertarik dgn puisi ni. memberi maksud yang sangat mendalam. Semoga insan lemah ni juga sahabat terus kuat dan saling beringat. InsyaALLAH




sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

No comments:

Post a Comment