Sunday 3 July 2011

Memori Tok Pulau

Assalamualaikum wbk..
Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Keluara dan sekalian sahabat. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..

Sekian lama menyepikan diri, maafkan insan lemah ini. Kisah kali ini nak berkongsi sedikit memori indah yang tercipta bersama dengan sekalian saudara yang baru dikenali. Benarlah ungkapan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Namun, pertemuan yang sedikit cuma bisa meninggalkan kesan yang jauh di lubuk hati.

Menjejakkan kaki buat pertama kalinya ke kampung yang diberi nama Kg Tok Pulau terletak di negeri Perlis, satu negeri yang sangat jauh dari kepulauan Borneo juga negeri yang menggunakan pelat yang sangat berbeza dengan tempat kelahiranku, ini adalah satu perkara tidak pernah terlintas difikiran. Apatah lagi merasa hidup sebagai anak gadis desa yang tinggal di tengah-tengah bendang.  Alhamdulillah, hanya ungkapan syukur yang mampu terluah.

Oh ya, berkisah tentang Kg Tok Pulau, adalah desa kecil yang didiami oleh masyarakat yang kaya dengan budi bahasa juga saling bersaudara. Insan lemah ini bersama 30 orang lagi saudara yang lain dengan suka hati berkampung di kampung ini. Alhamdulillah, duduk bersama keluarga angkat yang sangat sedikit bilangan ahlinya. Bibir juga terasa janggal memanggil insan lain dengan gelaran mak dan abah. Itulah pertama kali aku menggunakan ungkapan itu buat insan yang baru ku kenali. Namun, semuanya bermula dengan pertama kali kan? Tinggal bersama Cik Sue, Mak, Abah dan 2 orang adik, Aida dan Humaira.

Melihat panorama desa membuatkan hatiku terasa lapang. Pabila bangun pagi, yang pertama menjamu mataku itu ialah sawah yang terbentang luas, saujana mata memandang seluas langit terbentang. Subhanallah! Pabila malam menjelma, bintang dilangit yang besih dapat terlihat dengan jelas. Suasana yang tidak akan dapat ku rasa pabila berada di kota. Hidup di kota mungkin jauh lebih maju, namun suasana desa yang indah nan permain jauh lebih baik dan mendamaikan hati.

Kini, ingan aku berkisah tentang sahabat yang baru ku kenali. Siapapun mereka, mereka tetap saudara. Bersiap siaga melakukan kerja, berganding bahu melaksanakan tugas. Walau datang dari negeri yang berbeza itu tidak menjadi masalah. Warna kulit juga bukan penghalang, bersama berbakti menjadi anak desa buat sementara cuma. Bersama berbakti buat keluarga angkat (ye ke?). Saling mencurah pendapat juga bersama menjelejah negeri Perlis. Kalian sangat baik, lapang hati dapat bersama kalian walau sementara cuma.

Sudah jauh aku bermadah kata, dalam kisah ini juga ingin aku kongsikan sedikit memori usang yang sempat dilakarkan. Buat teman kampung Tok Pulau, kita semua adalah saudara, walau di mana kita berada, tiada yang berbeza dan yang pasti kita selamanya akan jadi saudara. Syukran jazilan!










p/s: syukran jazilan buat sekalian sahabat. terima kasih atas gambar2nya ya.. sampai bertemu lagi ^_^.


sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

2 comments:

  1. wahhhh :)
    t tggu kisah dr fatin lak,bz asgmnt ta sempat na update

    ReplyDelete
  2. syukran sudi membaca..ya, insyaALLAH akak bca..siapkan asgmnt dlu...^_^

    ReplyDelete