Saturday 13 August 2011

Itu Normal..




Tidak salah untuk mempunyai rasa sedih.
Itu normal.
Kita manusia.
sekuat mana pun kita. masih seorang hamba.
Menangislah andai ingin menangis.
Rasakan sedih itu, dan lepaskannya.
Namun jangan berlama – lama di kesedihan itu.
Singgah sebentar sudah cukup.
Yang silapnya adalah apabila kita duduk lama-lama di kesedihan itu.
Meratapinya.
Menyesalinya.
Itu yang silap.
Putus cinta, kecewa sehingga bertahun lamanya.
Gagal, rugi, mambawa hati,
sehingga masa berlalu sia sia.
sedih?
menangislah.
kemudian, teruskan kehidupan.
kerana apa yang berlaku itu, bukan titik noktah penamat sebuah perjalanan.

p/s: menangislah andai itu dapat memberi ketenangan dalam jiwamu..


sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

2 comments:

  1. menangislah kerana kita hanya hamba-Nya yang sering khilaf...

    ReplyDelete
  2. ya, sekali skala air mata yang ditahan perlu dilepaskan...

    ReplyDelete