Thursday, 10 October 2013

BAJU




Assalamualaikum wbk..
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Segala puja dan puji bagi Allah, Tuhan yang satu dan tiada taranya. Selawat dan salam buat kekasih yang dirindu, baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Berkisah tentang baju.
Perempuan, wanita dan baju tidak dapat dipisahkan. Setiap yang bernama wanita suka dengan baju. Lebih-lebih lagi golongan wanita yang sudah bekerja dan mempunya wang sendiri serta mampu untuk membeli baju. Bohonglah kiranya ada dalam kalangan wanita yang tidak suka akan baju. Baju yang bagaimana? Baju yang menjadi personality setiap wanita khususnya wanita Islam. Baju yang menutup aurat dengan sempurna dan bukan sekadar baju yang membukus badan.

Berkisah tentang baju.
Setiap daripada insan itu, sama ada lelaki mahupun perempuan pasti mempunyai baju. Baju yang dipakai untuk menutup segala rasa. Setiap daripada insan itu juga pasti mempunyai berpasang-pasang baju yang dipakai silih berganti. Walau sesusah manapun insan itu, pasti dia mempunyai baju untuk dipakai silih berganti dan bukan sekadar sehelai baju yang dipakai sepanjang tahun tanpa berganti. Kan?

Berkisah tentang baju.
Setiap insan yang bernama manusia memakai banyak baju. Baju yang dipakai silih berganti. Baju sebagai anak. Baju sebagai pelajar. Baju sebagai ibu bapa. Baju sebagai guru. baju sebagai pendakwah. Baju sebagai usahawan dan banyak pelbagai lagi jenis baju. Dan baju yang menjadi asas segala baju adalah baju sebagai HAMBA ALLAH. Baju sebagai hamba ilahi adalah asas kita dalam kehidupan ini.

Hakikat kehidupan, walau apa pun jenis baju yang kita pakai. Baju yang menjadi asas dalam kehidupan berTuhan adalah baju kepada Ilah kita, iaitu baju sebagai Hamba Allah. Menjadi insan yang produktif memberi kita peluang juga ruang untuk memakai pelbagai jenis baju. Itulah hakikat kehidupan insan.

Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada aku, kamu dan kita HambaNya agar terus kuat dalam mengharungi mehna hidup di dunia yang memungkinkan baju-baju itu menjadi kotor. Allahuakhbar!

p/s: jom cuci baju ^^

Teratak Ilmu,
Puncak Sierra,
09/10/2013,
08:48 a.m.

sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

No comments:

Post a Comment