Thursday 30 September 2010

Ketahuilah wanita . .

Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah? hum..memang itulah hakikatnye.. kerana wahai wanita, Allah telah jadikan anda makhluk paling cantik dipandang mata, andalah sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu..
  • Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan ayat al-Quran meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.
  • Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.
  • Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni ??!!
  • Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.
  • Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!
  • Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu..muncung-muncungkan bibir..ermmm..
  • Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.. fitnah kepada muslimah yang lain
  • Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang... tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki...


Syahwat Lelaki


Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya. Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya. Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali. Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan. Itu normal, fitrah lelaki. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. 

Pandai-pandailah nanti menjawab dan berdalih di hadapan Allah.. Tak takut ka?

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah, tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif..ini memberi fitnah kepada pakaian muslimah yang sebenarnya.. Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang... Lelaki buaya darat... Lelaki mengganggu... Lelaki sexual harashment... Sape suruh buat-buat suara manja? Sape suruh? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel... Sape yang cakap tu? Nabi yang kata..


so, Lelaki dan wanita ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat dunia akhirat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama dan syariat ALLAH. 
Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih..



Wallahua'lam

4 comments:

  1. saya pun terfikir nak tulis pasal ni jugak, nak memaparkan cara2 bertudung zaman sekarang tp kamu dah tulis lg awal~~ apa2 pun, great! *thumbs up*

    peringatan untuk semua wanita.

    ReplyDelete
  2. ya..fesyen wanita brtudung semakin 'canggih', selagi xbrtentangan dengan syarak xpa..tp, dah jauh trpesong, mnjadi fitnah pula kpd islam..
    izwan tulis la, saya nak baca juga pndapat drpd kaum adam..^_^
    sampaikan lah ilmu walau 1 ayat..

    ReplyDelete
  3. hehe.. nanti sy tulis.. takut gak nak tulis.. woooo..

    ReplyDelete