Thursday 30 September 2010

Hujan

Allahumma Solli 'ala Saiyidina Muhammad


Wa 'Ala Ali Saiyidina Muhammad 


Ya Allah bertapa banyaknya nikmat Hujan yang telah kau berikan


ketika dalam keadaan hujan, doa kita mudah-mudahan mudah diterima.


Nabi SAW bersabda " Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera
bertempur, sewaktu mendirikan solat dan ketika hujan turun" .Hadis riwayat Abu Dawud.

Jadi sahabat sekalian sementara kita menghadapi musim hujan ni, janganlah kita mengeluh akan hujan kerana besar nikmatnya, berdoalah kita tika hujan turun.

Di kala air dari langit diturunkan, banyak menberi manfaat kepada tumbuh-tumbuhan, haiwan ternakan serta hidupan di bumi. mungkin dengan hujan terjadinya banjir yg memusnahkan tumbuh-tumbuhan serta haiwan ternakan setempat, dan disebalik kemusnahan ini, pelbagai nikmat lagi yg ALLAH turunkan. banjir yg berlaku hanya lah ujian buat umatnya.
Untuk menguji kesabaran makhlukNya, Untuk menguji tahap kesyukuran hambanya.. Namun ingatlah kita

"Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa kabar gembira, mendahului kedatangan rahmatNYA(hujan), sehingga apabila angin membawa awan mendung, Kami halau ke satu daerah yang tandus, lalu kami turunkan hujan kedaerah itu. Kemudian kami tumbuhkan dengan hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itu kami bangkitkan orang yang telah mati, mudah-mudah kamu mengambil penlajaran" surah Al-A`raf ayat 57.


Dengan hujanlah kita mendapat sumber vitamin & zat besi. Air hujan dijadikan sebagai air siraman ke tanam-tanaman, buah-buahan, serta bijiran. sehingga kita perolehi hasil. Begitu besarnya nikmat tuhan. Dari setitis air yang diturunkan, di beri juga pelbagai jenis hasil sebagai sumber makanan kita.

Usah mengeluh dengan nikmat kepelbagaian cuaca yg diberikan ini. Malah, bunyi air hujan yang jatuh ke bumi menjadi terapi kepada minda. Menenangkan diri yang sarat dengan masalah dunia. cuaca yang sejuk kerana hujan memberi kekuatan kepada diri untuk mensyukuri nikmatNYA. alangkah indahnya hidup ini andai berpegang pada syariat dan ketetapanNYA.. subhanallah... Maha Suci E ngkau Ya ALLAH . . .

cgdila91
7.46 pagi
 UPSI KHAR 1-4-7
Tanjung Malim, Perak

No comments:

Post a Comment