Sunday 3 October 2010

Kehidupan




Dalam hidup ini, 
kadang-kala kita mengecewakan orang lain, 
agar kita tidak disakiti.


Dalam hidup ini,
Kadang-kala kita menangis,
Agar kita tahu nilai setitis air mata,
Kadang-kala kita gembira,
Tanda kita bersyukur,
Dengan anugerah-Nya.

Dalam hidup ini,
Perancangan harus dilakukan,
Kerana tidak semua kebetulan akan menjelma.
Itulah reality hidup,
Tanpa rela harus redha menerima,
Kerana keadilan tidak pernah menjadi paksi,
Bagi meneruskan hidup,
Di alam fana..



P/S : Hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan ,berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup tak selalu bahagia, sedekahkanlah sebuah senyuman walau hatimu tak mampu lagi bertahan..belajarlah memaafkan walau diri terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, berazamlah dalam kehidupan walau kita tiada keyakinan...sesungguhnya kehidupan sebuah perjalanan..perjalanan yang belum pasti , kiranya kecundang itulah ujian kesabaran dan ketabahan perlu digenggam..yang pasti kita hambaNya.

No comments:

Post a Comment