Sunday, 21 November 2010

ilmu Mengenal Diri

cermin diri dan kenali diri . .


Assalamualaikum . . .


Para arif billah berkata: "kenal diri, maka kamu akan kenal Tuhan"

Maknanya secara ringkas, kenallah hakikat diri, iaitu hamba Allah s.w.t., maka akan kenallah Allah s.w.t. sebagai Tuhan kita.

Sesiapa yang kenal kehambaan diri (Ubudiyah) dan merealisasikannya dalam bentuk Ibadah (ketaatan), maka dia akan mengenali bahawa, makna ketuhanan Tuhan yang perlu ditaati dan disembah dan, dari-Nya wujudnya dirinya dan kepada-Nya jua kembalinya dirinya.

Semakin meningkat pengenalan kita tentang hakikat diri (UBUDIYAH), semakin meningkat pengenalan kita tentang Allah s.w.t. (RUBUBIYAH dan ULUHIYAH-Nya), dan tiada penghujungnya peningkatan makrifat tersebut.


Ciri-ciri orang yang kenal hakikat kehambaan diri:

Rendah diri

Sentiasa menyalahkan diri dari maksiat yang dilakukan

Sentiasa mensyukuri nikmat yang diberi oleh Allah s.w.t. kepadanya

Sentiasa merasakan bahawa, semua kebaikan seperti ketaatan, ibadah dan amalan soleh yang dilakukan merupakan suatu kurniaan dari Allah s.w.t., dan kita hanyalah dipilih oleh Allah s.w.t. untuk diberi nikmat ketaatan tersebut

Merasakan diri sendiri sebenarnya tidak layak untuk mengemis cinta Allah s.w.t. kerana kehinaan diri di hadrah Ilahi s.w.t., tetapi terpaksa mengemis kasih dari-Nya kerana memerlukan cinta Allah s.w.t..

Merasakan bahawa, diri sendiri sentiasa dalam pentadbiran Allah s.w.t., dan tidak sibuk bergantung dengan asbab. Jika Allah s.w.t. menjadikannya di kalangan ahli asbab sekalipun, dia mengambil asbab tersebut kerana ianya merupakan perintah dari Allah s.w.t. (takkala memilihnya sebagai ahli asbab), namun tidak sedikitpun merasakan bahawa, dia memerlukan kepada asbab, kerana dia hanya memerlukan Allah s.w.t.

Sentiasa merasa takut kepada Allah s.w.t. dari kemurkaan-Nya.

dan sebagainya...

Makrifatu An-Nafs merupakan zauq (persaaan) dalam diri yang pelbagai, dan tiada penghujungya, setiap kali Allah s.w.t. menyingkap hijab-hijab dari diri dan menzahirkan hakikat diri kepada diri sendiri.

Tatkala itu, terbitlah makrifatullah sejajar dengan makrifatunnafs.

Tatkala mengenal diri begitu hina, maka hanya Allah s.w.t.lah yang Maha Mulia.

Tatkala mengenali diri begitu kerdil, maka pada ketika itu, kenallah bahawa hanya Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa.

Tatkala mengenali diri sebagai hamba, maka kenallah bahawa hanya Allah s.w.t. sebagai Tuhan yang layak ditaati secara mutlak tanpa penyekutuan.

Tatkala mengenali diri amat berhajat kepada pergantungan dalam menempuh kehidupan dunia ini, maka ketika itulah, kita mengenali Allah s.w.t. sebagai tempat pergantungan segala sesuatu.

Diri sendiri ialah tempat tajalli af'al (perbuatan) Allah s.w.t., dari sifat Allah s.w.t..

Oleh itu, Nama-nama Allah s.w.t. mewakili sifat-sifat-Nya. Sedangkan sifat-sifat Allah s.w.t. dikenali dengan af'al-Nya dan af'al-Nya dikenali dengan penyingkapan hakikat diri.

Semakin terbuka hakikat diri dalam diri kepada diri, semakin jelas makrifatullah dalam diri, kerana diri pada hakikatnya ialah makhluk DIA, kerana ia (diri) dari DIA. Setiap dari Dia ialah kepunyaan-Nya. Mana milik kita?

ORANG yang bijaksana berkawan dengan melupakan kepentingan dirinya, sebaliknya orang yang tamak berkawan dengan tidak melupakan kepentingan dirinya. Persoalan besar yang perlu dijawab - adakah anda mengenali diri anda sendiri? Mengenali diri merupakan perkara pokok bagi setiap individu yang ingin berjaya.


Berjaya sebagai insan memerlukan anda berubah daripada perkara yang tidak baik kepada perkara yang lebih baik.Perubahan yang ingin dilakukan memerlukan anda merenung sejenak tentang siapa anda.



Memikir dan menganalisis secara jujur tentang perilaku, tabiat dan keperibadian diri. Mengenal diri sendiri boleh dicapai melalui penganalisaan yang dibuat secara ikhlas dengan niat untuk membaiki diri.

Wallahu a'lam...


sumber: Halaqah.net


p/s : Mengenal diri tidak akan sempurna tanpa mendengar pandangan atau pendapat orang di sekeliling kita. Kesanggupan menerima kritikan, pandangan atau teguran akan dapat menjelaskan keadaan diri kita yang sebenar.


3 comments:

  1. If there are three persons together, it is not permissible for two persons from amongst them to engage in any conversation separately without the third person being able to hear. The third person may become suspicious and feel hurt. To hurt the feelings of any Muslim is a great sin. (Muslim‐Vol.2, pg. 219)

    ReplyDelete
  2. hem, bukan mudah menerima kritikan orang terhadap diri kita..

    ReplyDelete