Saturday, 20 November 2010

KAWAII GADGET'S CONTEST

Assalamualaikum wbk . .


Alhamdulillah, syukur atas nikmat ALLAH, aku rasa sihat hari ini. Semalam rasa tak sihat, dan tiba-tiba rindu pada mama dan bapa yang jauh di bumi bayu datang bertandang. Ok, sebenarnya, aku tidak pernah join mana-mana contest, aku tiada alasan lain selain aku tidak minat. Serius, aku memang tidak minat. Than, kawan aku seorang ni tag aku. InsyaALLAH, i try my best ya.. dan kepada sesiapa nak join, boleh pergi ke link ni.



lagu yang aku pilih :
Artist : Edcoustic

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya


Wajahku ya memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Kuakui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya



Menjadi diriku
Dengan segala kekukurangan
Menjadi diriku
atas kelebihanku



terimalah aku, seperti apa adanya
aku hanya insan biasa, tak mungkin sempurna
tetap kubangga, atas apa yang kupunya
setiap waktu kunikmati, anugrah hidup yang kumiliki

*
*
*
Bismillahirahmanirahim . . .
Aku pilih lagu ni sebabnya lagu ni menceritakan tentang diri sendiri, aku nak jadi diri aku sendiri. Yang lengkap dengan personaliti aku sebagai muslimah sejati, serikandi ISLAM. Aku bukanlah gadis yang cantik lagi bijaksana. Aku hanya insan biasa yang lemah dan sangat naif. Aku hidup di dunia ni dengan tujuan untuk beribadah kepadaNYA. Menjadi hamba kepada ILAHI dengan sebenarnya-benarnya. Aku juga tak nak orang nilai aku daripada pandangan kasar mereka, aku tidak perlukan penilaian daripada manusia, yang aku inginkan hanyalah Redha dari Tuhanku. 

Lagi, aku nak orang di sekeliling aku terima aku seadanya, tegurlah aku jika aku melakukan kesilapan, bantulah aku dengan segala ilmu yang kalian miliki selagi ianya tidak betentangan dengan ISLAM. Aku perlukan sokongan dan bimbingan daripada mereka yang bijaksana kerana aku tidak sempurna. Aku sangat sayang dengan diriku, sebab itu aku berusaha menjadi yang terbaik walau kekadang rasa iri timbul dalam diri atas kelebihan yang insan lain miliki. Tapi, aku pegang nasihat daipada guruku; 

"anak-anakku..jika kamu melihat orang lain lebih baik daripadamu janganlah merasa iri. Pandanglah ke dalam dirimu... pasti kau akan menemui kehebatan yang tidak ada pada mereka (tapi ada pada dirimu)"

Namun, aku tetap bangga dan sangat bersyukur atas nikmat yang telah ALLAH kurniakan kepada aku untuk aku menjadi diri aku yang sebenarnya dengan segala kekurangan dan segala kelebihan yang ada pada diriku. Jadi, biarlah aku menjadi diriku sendiri sebagai hamba kepada ILAHI, umat NABI MUHAMMAD saw, anak kepada mama dan bapa . . .

picture by by henftling devianArt

*
*
*
alhamdulillah, rasa macam panjang la pulak. Hanya itu yang mampu, jadi terima kasaih kepada yang sudi menganjurkan contest ni. Tapi, aku tak tahu nak tag siapa? ermm.. (maaf ya kepada yang kena tag tiba-tiba)


5 comments:

  1. Terima Kasih join contest mommy, gudluck ye :)

    p/s: ouh sudah berjaya tgglkan komen kat sini..

    ReplyDelete
  2. syukran..maaf ya, ada masalah kot..hehehe

    ReplyDelete
  3. okeyh...dilla..tgk mcmmne ye..

    ReplyDelete
  4. terima kasih tag, insyallah buat dalam masa terdekat (^-^)

    ReplyDelete
  5. terima kasih sebab join contest..good luck..:)

    ReplyDelete