Tuesday, 23 November 2010

Imtihan

picture by google

Assalamualaikum . . 

Firman ALLAH:

"Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi Agama Kami, nescaya Kami tunjuki mereka ke jalan Kami . . ."

Membuka tirai bicara dengan firman ALLAH swt.. Kalau universiti lain, ramai sudah yang habis exam, tapi bagi pelajar UPSI, exam baru bermula minggu ni setelah 3 minggu bercuti. Exam aku mula 27/11/2010 (Sabtu). Rasa macam nak jawab exam secepat yang mungkin. Bagi seorang pelajar, musim exam sangat meyakitkan, sebabnya kita kena luahkan semula perkara yang sudah dipelajari sepanjang 14 minggu kuliah. Namun, selepas kesakitan, akan ada nikmat kebahgiaan yang akan dirasai.. "exam dah lepas, boleh balik rumah..hehehe".  Bersusah-susah dahulu, besenang kemudian..

Alhamdulillah, kini aku berasa di tahun 2 (sem 3). Rasa sangat cepat masa berlalu, masih terbayang lagi saat pertama kali menjejakkan kaki di bumi Tanjung Malim, tanpa ibu bapa menemani, tanpa kenalan rapat dan hanya berbekalkan keberanian serta keyakinan dalam diri sahaja. Kini, tidak lama lagi akan melangkah ke semester 4 selepas habis sem 3 ni.  InsyaALLAH, semoga dipermudahkan..


The soft rustle of paper sounds like falling leaves, 
The click of the pen, the tap of the lid, in sympathetic rhythms, 
The sighs and thumps, as the world dribbles away in distinguished choices. 


The rush of the thoughts, fluttering around the room like butterflies, 
They storm the air, entering through the stillness to fill my head, 
The inward recollection, like an imperfect mirror, reflects knowledge recalled. 


The time flows at differing pace, fast and slow as the heartbeat moves, 
It whisks and stirs like a fussy baker making a wedding cake of perfection, 
It must be done, it needs to be finished, the deadline is up, the time run. 



Ya ALLAH, oh creatures of the night and day,
Let my spark have flowed clear, give me strength, let me no longer fear, 
Let my test get me better marks then that of my peer.

by: Wombat-Pentagram 

picture by 0135359 of devianArt

Akhir kalam, salam Imtihan buat semua sahabat-sahabat, semoga kita sama-sama beroleh kejayaan hasil daripada usaha sendiri. Sesungguhnya, ALLAH tidak menilai daripada natijahnya, tapi kesungguhan kita dalam melakukan sesuatu perkara. Bila kita sudah berusaha, marilah berdoa dan betawakkal atas segalanya. InsyaALLAH semoga dipermudahkan segalanya . .

KEJAYAAN DGN USAHA 1 KEPUASAN,
KEJAYAAN TANPA USAHA 1 KEBETULAN,
KEJAYAAN DENGAN KEGALALAN 1 KETENTUAN,
KEGAGALAN TANPA USAHA 1 PENYESALAN.

by: kak Herwana


p/s: Salam Imtihan, bit Taufik wan najah fil imtihan kepada semua yang akan, sedang dan sudah Exam!!

1 comment: