picture by *Lady-Tori of devianART
Assalamuallaikum wbk . . .
Sedar tak sedar, sudah hampir 2 dekad aku hidup sebagai hamba ILAHI di bumi fana ini. Sejak kehidupan bermula, kita (aku) sering mengeluh.. ya, mengeluh. Sukarnya hidup ini. Terlalu banyak onak dan duri yang perlu ditelusuri. Sejujurnya, kita-kita semua tidak pernah membayangkan hidup ini akan menjadi, sukar bak kata orang sekomplikated ini. Masih teringat, di zaman muda-muda dulu, imaginasi hanya pada rasa seronoknya sewaktu di zaman tadika, sekolah rendah, sekolah menegah dan alam universiti, kemudian bekerja, berkahwin dan punya anak 5-6 orang (macam ramai pulak ni..), hidup dalam keluarga yang bahagia dan akhirnya mati dengan tenang..??
Sungguh! macam-macam yang diangan-angankan dalam hidup. Amat mudah. Umpama cerita dalam drama-drama yang ditonton di TV (drama korea). Perjalanan hidup yang dilalui dengan sangat mudah tanpa sebarang masalah.
wahhh..nampak begitu mudah kan? Itulah fikiran di zaman kanak-kanak. Semuanya terlalu mudah, namun hakikat yang sebenarnya bukan lah seperti itu. Apabila usia semakin meningkat,barulah kita sedar bahawa hidup mudah seperti itu hanya dalam imaginasi dan mimpi semata-mata.
Ya, kita semua mempunya cita-cita yang ingin dicapai. Apa? nak jadi cikgu, doktor, engineer, usahawan, nurse dan sebagainya. Semasa kecil memang cita-cita ini yang ingin dicapai. Selepas dapat dicapai, apa pula yang diinginkan? Sememangnya, semakin kita dewasa, semakin besar pula cita-cita atau impian yang sebenar, semakin besar tanggungjawab yang kita pikul, apatah lagi jika ada yang meletakkan harapan di bahu kita, mengaharapkan supaya kita menjadi lebih baik daripada yang kita impikan.
Meninggalkan keinginan demi meralisasikan impian orang lain, bukan perkara yang mudah. Tapi, bukan pula sesuatu yang teruk. Asalkan membawa kepada kebaikan , itu bukanlah sesuatu yang tidak baik. Inilah yang dikatakan pengorbanan dalam kehidupan. Sesungguhnya, untuk menjalani kehidupan ini, sepanjang perjalanan itu kita memerlukan banyak pengorbanan. Banyak benda yang disukai tetapi perlu dilepaskan, banyak pula yang tidak rela tapi harus digenggam. kehidupan ini bukan selalu mengikut kehendak hati kita.
Ada yang kata;
"Kadang-kadang teringin juga nak pakai trendy-trendy, cute-cute, dressing ala-ala korean, macam yang orang sekarang pakai, nampak cute sangat."
"Pernah juga rasa nak juga try berkapel.. macam kawan-kawan lain. Nampak happy jak, ada boyfriend yang ambil kisah, call malam-malam.."
"Pernah juga rasa nak juga try berkapel.. macam kawan-kawan lain. Nampak happy jak, ada boyfriend yang ambil kisah, call malam-malam.."
Rasanya, kita (aku) pernah terfikir macam begitu. Tapi, akhirnya, kesedaran datang menyapa dan berfikir kembali, dunia ni hanya persinggahan sementara. Dunia ni sedikit sangat nilainya jika dibandingkan dengan akhirat yang penuh nikmat. Hakikatnya, kita tidak berhak untuk berfikir seperti itu!
Kita WAJIB sedar, mana letaknya diri kita di alam fana ini. Hanya sebagai hamba kepada ILAHI. So, sebelum terfikir untuk melakukan sesuatu yang bukan hak kita. Kita wajib sedar bahawa kita hanya hamba dan insan yang lemah. Ditegaskan, hanya HAMBA!
Sebelum terfikir mahu berbuat sesuka rasa kita, amati firman Allah ini.
Sebelum terfikir mahu berbuat sesuka rasa kita, amati firman Allah ini.
“Dan tidakkah manusia fikirkan bahawa Kami jadikan dia dari setitik mani, tetapi tiba-tiba ia (jadi) pembantah yang nyata.”[Surah Yasin: 77]
Jangan! jangan sesekali rasa kecewa akan kurniaan Allah kepada kita. Malah, Kita sepatutnya bersyukur kerana Allah memilih kita untuk terus bertahan hingga hari ini dari penyakit cintakan keduniaan.
Ya, dunia memang penting dan akhirat sama penting, tapi jangan sampai kita letakkan ia (dunia) dalam hati kita.. setiap benda dalam hidup ini ada peraturan yang telah ALLAH tetapkan dan sebagai hamba kita WAJIB mengikutnya. Maka, kita tak boleh melakukan sesukanya dengan sewenang-wenangnya.
Percayalah, andai kita melakukan kemungkaran secara sembunyi sekalipun, ALLAH tetap mengetahuinya.. dan diri sendiri yang akan rugi dan pengakhirannya, pasti kita akan tertanya.. apa tujuan sebenar kita hidup dalam dunia ni? Adakah sekadar mahu bersuka-suka sahaja?
Ya, dunia memang penting dan akhirat sama penting, tapi jangan sampai kita letakkan ia (dunia) dalam hati kita.. setiap benda dalam hidup ini ada peraturan yang telah ALLAH tetapkan dan sebagai hamba kita WAJIB mengikutnya. Maka, kita tak boleh melakukan sesukanya dengan sewenang-wenangnya.
"Letakkanlah dunia dalam tanganmu & akhirat dalam hatimu.."
Percayalah, andai kita melakukan kemungkaran secara sembunyi sekalipun, ALLAH tetap mengetahuinya.. dan diri sendiri yang akan rugi dan pengakhirannya, pasti kita akan tertanya.. apa tujuan sebenar kita hidup dalam dunia ni? Adakah sekadar mahu bersuka-suka sahaja?
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui."[Al-Ankabut: 64]
yakin dan percayalah..JANJI ALLAH SEMUANYA BENAR!!
p/s: Cinta semalam menjadikan umat Islam umat yg Hebat, Cinta hari ini menjadikan umat Islam luput tenggelam. Sirna oleh cinta yang bukan lagi cinta..
wassalam..
ya, jelas dunia ini bukan tempat sebenar bagi muslim utk bersedap-sedap..huhu
ReplyDelete"Dan
ReplyDeletetiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan
sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka
mengetahui."[Al-Ankabut: 64)
-Jangan berhenti untuk bermimpi dan berangan, kerna mungkin suatu hari ianya akan menjadi kenyataan.
ReplyDelete-Jadikan dunia ini dalam genggaman tangan kita, bukan nye dunia ini menggenggam hati kita :)
Salam ziarah he3