picture by ~Last-Savior of devian ART
Orang Tabligh,
Ntah siapa la yang bagi nama,
Sedangkan kita semua kan sama,
Umat Nabi SAW semuanya, Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah tak ade, kalau kita tak buat, siapa pula,
tak kan la kerja ustaz dan ulama saja,
Yang kita nih, tak kan nak goyang kaki saje-saje?
Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh datang,
Yg tadi ramai, sekelip mata je dah ilang,
Yg tadi segar bugar dah tidur terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya kerje senang.
Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata tak ade duit, nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba-tiba migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat-buat sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, memang nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong-bondong orang datang.
Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpa semua orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai la kutu, Semua nak ditemu,
Nak diajak pd ALLAH yg SATU.
Orang Tabligh,
Jalan bawa periuk belanga, Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil, tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih juga telinga,
Nabi dulu-dulu pun kan selalu kena, Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita, Yg banyak salah, yg banyak dosa,
Takpe-takpe, ALLAH kan ada, Yg Maha Mengetahui,
yg mana intan, yg mana kaca.
Orang Tabligh,
Kekadang buat silap..adat la manusia,
Memang tengah nak belajar-belajar tiru sahabat (r. anhum)
yang dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah memang ambil masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.
Orang Tabligh,
Ada kat mana-mana, Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza-beza, Tapi boleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah semua dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .keluar pulak air mata.
Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi, Janggut, jubah, seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, memang ada banyak lagi,
Kekadang tu kena juga perli,
“Kita sekarang kan di zaman IT”
“Tak main la sunnah2 nih!
“Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, siapa yg rugi? Kan diri sendiri..
Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati, Sedih bila diperli, sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati,
memang nak duduk rumah, bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari-lari,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yelah..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekarang tak buat jyunbi (persiapan) , bila lagi?
Orang Tabligh,
Malam-malam doa hidayat, Fikir risau,
macam mana nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat esok semua selamat,
Orang sekarang ingat hidayat boleh senang-senang dapat?
Tak perlu susah-susah, tak perlu keringat,
dan tak mahu pulak jumpa masyarakat,
Just busy buat ibadat, Kalau camtu takde la kita ni “The Best Ummat”.
Orang Tabligh,
“Apsal la ulama India yg jadik ikutan??
“Mmmm…kan Nabi dulu dah pesan,
Siapa saja yg bawa kebenaran, Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Semua kena bagi sokongan,
Yg ALLAH pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jangan bimbang still sendiri punya pegangan,
So tak jadi masalah la kan?
Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,”I can’t go..sorry!
“Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai-derai air mata keluar macam air pili,
“Kalau abg nak pergi jugak, hantar saya blik kampung esok pagi!!
“Heh, orang lelaki memang lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg, tak jadi pergi,
Yg td josh (bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes-kes macam ni memang banyak terjadi,
Boleh tengok dgn mata kepala sendiri,
Tapi kalau bab dunia (cth:kursus naik pangkat),”
“no prob.,anytime kami ready!”
Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri-seri,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy, Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat-pakat reti,
Bab akhirat, masing-masing buat tak kesah, tak ambil peduli,
Ya ALLAH selamatkan lah kami!
Orang Tabligh,
Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak macam dah terer,
Tak jugak nak kafirkan siapa-siapa,
Atau sibuk-sibuk pergi minta derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri, duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya, Dari kena masuk neraka,
Nak supaya ALLAH redha, masukkan kita dlm syurgaNYA,
Itu saja . . .
Orang Tabligh,
Seluruh dunia . . naik kapal terbang. . pakai selipar jepun sahaja
Ikhlas . . no sponsor . . no subsidy . . passport penuh cop many countries..
Ada yang kerja tukang kebun sahaja . . nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru
sama seperti balik dari fardhu haji..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. .
sayangkan anak . . rotan digantungkan..
Sunnah nabi . .bukan untuk mendera..speed limit sahaja.
Kenapa sibuk dakwah orang. .keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mahu ikut . .
kalau Nabi Nuh ikut teori tersebut, tak naik bahteralah jadinya
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mahu ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut…tak buat dakwahlah Nabi..
Tak sampailah Islam ke Malaysia ni . . .
Orang Tabligh,
Selekehkah, tak ada ilmu,compang camping kah, berbaulah..
Itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can’t blame the teachers.
You have to blame the distortions and ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah . . .
Saidina Abu Bakar received the first kalimat terus buat dakwah..
if he waits tunggu complete ilmu,
he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,
Malaysian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam in Nizamuddin..
Nukilan : Arwah Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi (memburu cahaya Ilahi)
p/s: semoga arwah ditempatkan dalam kalangan HambaNYA yang beriman, insyaALLAH..nukilan yang menyentuh jiwa..
salam...nice enteri..tq..sbb ingatkan..
ReplyDeleteInilah sajak yang paling saya sokong.. memang benar. Suamiku juga adalah pendakwah tabligh.
ReplyDeleteemm.. 1 persoalan boleh dilontarkan di sini..
ReplyDeletebukan nak lancarkan provokasi atau merendah2kan jemaah lain. cuma lontaran supaya kita berfikir
kenapa ramai umat Islam yg berdakwah menolak politik? nampak sgt mereka tak paham politik Islam dgn politik kufur
ini perkara yg amat menyedihkan. bab tutup kepala, solat sunat, zikir, bukan main jaga. sedangkan, benda2 haram di luar sana spt riba, dll x diambil peduli
mari sama2 kita fikir2kan
terkesan jiwa.terima kasih!
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteKpd SoutulMujahid. Tidak semuanya yang bersikap begitu. Moga Allah beri mereka kefahaman Islam yang Syumul. Kita yang faham kena beri mereka faham. Sebahagian mereka baru dikutip dan baru hendak berjinak2 dengan Islam. Jangan jemu, lagi dan lagi, sebab mereka ada kelebihan dalam beberapa aspek yang tak dapat dilakukan oleh ahli jamaah lain, mengekalkan solat berjamaah diawal waktu umpamanya,selain dapat mengekalkan beberapa amalan sunnah. Nanti bila mereka faham mereka akan jadi orang yang hebat dan mampu menyumbang untuk Islam.
anonymous: saya bukan nak merendahkan jemaah tabligh. saya meraikan jemaah tabligh.
ReplyDeletesaya tau apa yg dibuat oleh JT sebab saya bergaul dgn mereka dan pernah keluar dgn mereka
apa yg saya nampak, apa yg diutamakan adalah amalan2 sunat. sedangkan, kewajipan yg utama adalah menegakkan Khilafah
syukran jazilan ats pndngan, nst & sokongan..sma2 la kta muhsbh dri blk..smoga smua yg kta lkukn mndpt redha drpd ALLAH swt..insyaALLAH..
ReplyDeletewassalam
thanks sebab ingatkan..mudah2an,,kerja dakwah ini akan terus berjalan,,
ReplyDeletep/s
komen la blog saya..
ShoutulMujahid
ReplyDeleteTahniah tuan. Tuan jgn jemu beri mereka kefahaman Islam yang syumul. Dan kita semua patut jadi contoh, hebat dalam perjuangan dan amal. Kerap jamaah lain dari Tabligh solat Subuh puh 'GAJAH'. Takbir berderai-derai amalan HAMPEH. Sama2 kita perbaiki.
Peringatan buat diri ku juga. Terima kaseh Deella :)
ReplyDeletesoutul mujahid; maaf menyinggah.
ReplyDeletesila fahami apa itu maksud khilafah, dan bagaimana ia terbentuk. adakah ia paling utama atau apa yang paling utama?
kita diperintahkan untuk menurut Nabi saw, bukan ustaz2 atau ulamak2 tertentu.
Sila bertanya dengan yang lebih arif tentang khilafah,jika bersoal di sini,maka anda bertanggungjawab jika yang membaca jadi keliru.
manfaatkan bilangan ulamak yang ramai dalam "jemaah tabligh" untuk bersoal jawab tentang ini.
jika anda mencari kebenaran,pasti akan ditemui!
Salam, semua yang ada..
ReplyDeleteSangat ramai orang yang mahu merubah benda yang besar sedangkan amalan harian yang dilakukan sehari-hari di anggap kecil. Maksud hadith jihad yang terbesar adalah mujahadah melawan nafsu, ia lebih besar berbanding peperangan melawan orang kafir. Hakikatnya perkara utama yang ditanya di alam barzah adalah amalan kita seharian, solat, qur'an dan lain2.
Jemaah Tabligh telah melakukan satu usaha yang jarang dilakukan oleh jemaah lain. mereka berdakwah kepada sesiapa sahaja dari mat-mat lepak sehinggalah golongan profesional. Mereka ada methodology yang sistematik dan menepati kumpulan sasaran juga penghormatan terhadap ulama yg lebih berpengetahuan. Dengan menggunakan kaedah universal mereka boleh berdakwah di seluruh pelosok dunia.
Cuba check methodology tabligh bermula dari lima amal masjid, keluar jalan Allah, jadual program semasa keluar jalan Allah, syura kawasan, hari markas, hari taklim masturat, kaedah keluar masturat dan lain-lain, sunnah harian, muzakarah 6 perkara, bayan dll. Ini diamalkan diseluruh dunia pada kaedah yang sama tanpa kecuali. Tidak percaya? Pergilah ke mana2 negara dan duduklah di dalam salah satu majlis ilmu 'six point jamaat' (panggilan tabligh di luar negara)
Maaf, sesiapa yang mahu bercakap atau memberi komen tentang ini tolong buat kajian terperinci terlebih dahulu atau kena keluar bersama kumpulan ini terlebih dahulu.
Apabila satu pihak mengamalkan sunnah nabi, maka mereka sedang menjalankan satu tugas yang begitu penting kerana Rasulullah dihantar sebagai contoh ikutan, tidak cukup sekadar menyebut kasih kita pada baginda di mulut tetapi meninggalkan apa yang ditunjuki baginda.
'Barang siapa yang dapat beramal dengan sunnah nabi di zaman fahsya dan mungkar secara istiqamah akan mendapat 100 pahala mati syahid'.- Adakah hadith ini tidak cukup lagi untuk membuktikan kepentingan amalan sunat?
Saya berkata begini kerana sy telah involve dengan banyak jemaah sebelum masthurat tabligh.
Pada diri saya, tabligh lebih sesuai dengan hati sy kerana kerja jemaahnya yang membataskan peluang untuk terjadinya fitnah akibat pergaulan berlainan jantina semasa melakukan kerja jemaah. Dalam jemaah yang pernah sy involve sebelum ini ada berlakunya fitnah yang teruk seperti jatuh cinta di kalangan ahli yang telahpun berumah tangga, kes cemburu dan lain2. Maklumlah bekerja dalam jemaah dalam wajah yang dapat dilihat dan seringkali berjumpa atas alasan kerja jemaah.
Namun sehingga kini saya masih membantu jemaah terdahulu dan menghargai mereka kerana semua jemaah itu saling melengkapi . Jd janganlah kita melabel negatif sekumpulan manusia hanya kerana kelalaian sebilangan ahli jemaah atas asbab kemanusiaan mereka.
Sekian.