Wednesday, 1 December 2010

Habis Exam

doakan kami ya..
Assalamualaikum . .


Alhamdulillah, akhirnya . . habis juga exam yang sangat memenatkan minda. Pagi tadi last paper dan bermaksud habislah sudah perjuanganku di semester 3 ni, insyaALLAH akan melangkah ke semester 4 tahun 2 pengajian sebagai seorang mahasiswi UPSI. 


Pasal exam, malas nak ulas banyak-banyak. Tapi, yang pasti, exam sem ni sangat susah dan . . . tak taw nak cakap macam mana, memang susah tahap gaban lah. Hanya mampu berdoa dan bertawakkal je pada ALLAH semoga mendapat keputusan yang baik, insyaALLAH. Ayat macam skema pulak kan, almaklumlah baru habis exam. hehehe ^_^


Dan sekarang . . siap sudah kerja mempacking barang, nampak sangat ndak sabar maw balik..hahaha.. sekian lama ndak balik Sabah, akhirnya aku akan balik juga hari ni. Wah!! sangat semangat ya aku nak balik, rindu sudah dengan mama aku ni and bapa also family yang lain. Aduh!! rojak sudah bahasa aku. Maaf lah ya..


so, Aku nak bersiap dulu, solat dan bergerak balik.. Semoga ALLAH permudahkan perjalanan aku dan sahabat hari ni, ameen ya ALLAH..


p/s: perjalanan ke LCCT dari Tanjong Malim, lama ka?? ermm.. ^_^

3 comments:

  1. Hati2x tau p LCCT..Sobbs3x! Saya x balik ! Wuaah!

    ReplyDelete
  2. insyaAllah susah payah itu Allah balas dengan kebaikan yang tidak terhitung :)

    ReplyDelete