Cantik ke dia ni?? ermm . .
Assalamualaikum . .Alhamdulillah, perjalanan dari Tanjong Malim ke LCCT, berjalan dengan lancar dan baik. Perjalanan hari ni ditemani dengan curahan air hujan yang sangat lebat beserta kilat dan guruh. Mula-mula rasa takut juga, sebabnya perjalanan jauh dan hujan yang lebat menyukarkan pandangan. Sentiasa fikir, setiap yang hidup pasti akan mati. Tapi, biarlah mati dalam iman dan Islam. Ameen..
Ok, lupakan pasal pengembaraan hari ni. Sekarang aku nak cerita pasal cantik. Sekian lama tak menaip entry kerana kekangan masa dan exam yang melanda (huh! ayat skema ni). Penting sangat ke cantik ni? Ok, aku nak fokus kepada perempuan khususnya, sebab aku juga seorang perempuan. Bagaimana cantik yang sebenar? Adakah hanya pada rupa paras semata-mata? Adakah kerana penampilan yang sangat feminin seorang perempuan tu sangat cantik? Cantik ke perempuan yang kurus dan slim? Adakah semua kecantikan ni yang menjadi tarikan kaum adam? Fikirlah . .
Suka aku kongsi cerita aku dan kawan aku pasal cantik dan kurus:
dila: Eee, kenapa perempuan hari ni semua nak kurus? yang gemuk sibuk nak diet bagi kurus..
Kawan: Sebab manusia sudah meletakkan pandangan yang kurus ni cantik. Jadi, ramailah perempuan terutamanya nak kurus supaya nampak cantik.
dila: Tapikan, kenapa pulak kalau perempuan tu yang dulunya gemuk dan menjadi kurus terus mengubah penampilan jadi seksi? kalau masa gemuk dulu, baju semua longar-longar. Bila dah kurus, errmm baju macam nak melekat je kat body.
Kawan: A'ahh.. sebabkan masa dia gemuk dulu, esteem diri dia rendah. Dia rasa diri tak cantik, tak sama dengan orang kurus yang lain. Macam aku, aku nak juga jadi kurus. Orang gemuk ni selalu rasa rendah diri bila tengok orang lain kurus dan cantik.
dila: kalau ko macam mana pulak, nak tak jadi kurus?
Kawan: nak tu memang lah nak, tapi bila fikirkan balik. Tak adalah aku fanatik sangat sampai makan segala ubat nak kurus. Aku rasa kekurangan juga. Tapi, aku ada 1001 kelebihan lain yang ALLAH kurniakan. Jadi, tak payah la fikirkan semua tu. Yang penting cantik hati.
* macam tulah perbualan aku dengan kawan
(isi-isi penting semua aku ingat, ayat pulak aku lupa-lupa ingat ^_^)
Jadi, pada pendapat aku, canikni sangat subjektif. Walaupun kekadang orang menilai kita pada paras rupa, ingatlah.. rupa ni hanya nikmat sementara yang ALLAH beri pinjam pada kita. Satu masa nanti, ALLAH akan tarik balik nikmat ni. Kita akan jadi tua kan (kalau panjang umurlah), jadi rupa yang dulunya cantik dan body yang slim lagi menawan pasti akan susut. Menjadi kedut seribu, tak ada lagi kelangsingan yang dulu dibangga-banggakan. Sebenarnya, banyak lagi perkara yang perlu dirisaukan didunia ni. Tak perlulah fikir sangat cantik dan slim kah diri, fikirlah bagaimana kita gunakan masa yang ALLAH beri untuk kita kumpul bekal di hari kemudian.
Nasihat aku kepada yang rasa humble sangat, esteem diri sangat rendah sebab rasa diri tak cantik, rasa diri tak slim. Ingatlah
- ALLAH sayang akan semua hambaNYA tanpa DIA melihat pada rupa atau body kita, tapi yang ALLAH nilai ialah cantik pada pegangan diri kita (IMAN)
- Cantik dalaman lebih baik daripada cantik luaran. Walaupun kekedang kita lihat orang tu taklah cantik mana, tapi baik sikapnya. Maka cantiklah dia luar dan dalam.
- Setiap manusia ada kecantikan dirinya sendiri. Everyone is beautiful, not everyone can see it. Walaupun kurang cantik pada rupa, tapi setiap individu ada 1001 kelebihan pada dirinya dan tak semua orang memiliki kelebihan itu.
- to be beautiful, feel beautiful . . OK!
Sebab tu, aku bukan jenis perempuan yang sangat suka bergaya dan pentingkan imej semata-mata. Pada aku, asalkan pakaian yang dipakai tu sopan dan kena pada syariah Islam serta memberi keselesaan sudah cukup. Yakinlah pada diri sendiri.
wassalam..
p/s: Jadi, pentingkah cantik itu? renungkanlah . . .^_^
kerana itu, yang cantik itu didefinasikan sebagai cantik akhlak, cantik agama :)
ReplyDeleteyg penting kita tahu mana batas diri~ kan2
ReplyDeleteSalam ziarah :)
ReplyDeleteoo ngah exam ye, same la kite pon ngah exam ni he3...
Cantik ni subjektif, depends on da person perception, for me, kecantikan dalaman tu akan melahirkan keindahan pada luaran :) kalo x cun pon, tapi akhlak hasanah pon nampak manis jugaak :)
ya..cantik akhlak lebih baik, dan itulah nilai cntik yg sbnr..
ReplyDeleteKpd Hasrul; exam dah habis...stju dgn pndpt kmu, cntk sgt subjktif..:)