Tuesday 21 December 2010

Hidup untuk memberi

Picture by Google image

Assalamualaikum wbk..

Hari ini manusia hilang kebahgiaan kerana sikap suka memberi sudah semakin terhakis. Ramai yang menganggap dengan mendapat sesuatu mereka akan lebih berjaya dan bahagia dalam kehidupan. Kita sering terlupa hikamah yang diungkapkan menerusi kata-kata ini..

"we make a live by what we get, but we make a life by what we give - kita membina hidup dengan apa yang kita dapat, tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita berikan."

Ramai orang kata, makanan yang paling sedap ialah makanan yang dimasak oleh ibu sendiri. Kenapa? Sebab ibu memasak dengan penuh kasih sayang. Semua dibuat semata-mata kerana ingin memberi kepuasan kepada anak-anaknya. Jarang sekali seorang ibu rasa terpaksa apabila memasak untuk anak-anaknya. Sebab itulah masakan ibu enak, walau mungkin resepi atau bahan yang digunakan tidak setanding dengan chef di hotel atau restoran terkenal.

Jadi, memberi hanya akan menjadikan kita gembira dengan satu syarat, iaitu memberi mestilah dengan adanya kasih sayang. Tanpa kasih sayang, memberi bukan sahaja tidak dengan rasa gembira, bahkan terasa lebih terbeban. Maka, apbila kita sudah tidak gembira ketika memberi, itu petanda kita sudah kehilangan kasih sayang!

Oleh itu, sebagai manusia, kita mesti berpegang kepada prinsip 'ingin memberi' bukan 'ingin mendapatkan'. Di dalam buku La Tahzan (Jangan Bersedih) karya A'id al-Qarni, beliau ada menyatakan bahawa, "Orang pertama yang mendapat manfaat daripada suatu kebaikan ialah orang yang melakukannya". Sebab itu beliau menganjurkan, jika kita sedang bersedih atau bermuram durja, carilah seseorang dan gembirakannya. Nescaya, kita akan mendapat kegembiraan semula.

Dale Carnargie dalam bukunya Stop Worrying and Start Living menyatakan bahawa memaafkan kesalahan orang lainadalah seperti memaafkan diri sendiri. Hal ini kerana kemarahan kita terhadap orang lain akan lebih merosakkan diri sendiri berbanding orang yang kita marah. Allah mengingatkan kita dalam firmannya:

"dan tidaklah sama (kesannya dan hukumannya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat, jadi tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih, apabila engkau melakukan demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu dengan serta mereka akan menjadi seolah-olah sahab karib." Surah Fussilat (41:34)

Kesimpulannya, tidak susah untuk menggembirakan orang lain. Mungkin hanya dengan kata-kata , atau dengan senyuman ataupun dengan doa. Berilah kegembiraan kepada orang lain, kegembiraan itu akan datang kepada kita semula. What you give, you get back - apa yang kita beri akan kita terima semula. Inilah hukum alam sunnatullah -  what goes around, comes around.

Sumber: Solusi 14


p/s: Kita memberi dahulu, kemudian kita menerima. Mana mungkin kita menerima tanpa memberi. ^_^


3 comments:

  1. terima kasih berkongsi. Saya memang jarang baca solusi kerana beberapa sebab yang menyedihkan. Apapun, saya suka sangat blog ni~ sangat analitikal dan informative~

    ReplyDelete
  2. bagus2..boleh baca n kongsi maklumat dpd mjlh solusi kat sini

    ReplyDelete