image from google
Assalamualaikum wbk..
Sekian lama tidak membuat entry baru, rindu untuk menulis datang lagi. Bukan kerana malas, tetapi kerana kekangang lain yang datang. Maaf. Pengangkutan awam, ya! Mejoriti daripada kita pasti pernah menaiki pengangkutan awam, malah pengangkutan awam juga menjadi medium perantaraan utama pada kita. Aku juga begitu, tipu lah jika aku kata aku tidak pernah naik pemgangkutan awam.
Sejujurnya, aku sangat-sangat tidak suka naik pengangkutan awam. Macam KTM, LRT, Bas terutamanya.
Bukan kerana sombong, takbur, riak dan sebagainya. Pernah tak kita terfikir bagaimana keadaan semasa menaiki pengangkutan awam? Bagi yang menaiki bas ekspres mungkin lebih selesa, kerana tidak perlu berhimpit-himpit macam sardin dalam tin. Bagi yang menaiki kapal terbang juga begitu kerana keadaan yang lebih selesa dan terkawal.
Tapi, macam mana pula dengan Bas berhenti-henti? KTM dan LRT? Bukan nak merungut atau nak mengeluh, jauh sekali nak memaki. Sekadar nak kongsi pengalaman dan meluahkan pendapat. Kalau kat Kota kinabalu (KK), KTM dan LRT tak ada, yang ada hanya bas berhenti-henti, mini bas dan teksi. Jadi, aku selalunya akan naik bas berhenti-henti kalau nak jalan ke Bandar KK. Bas hanya akan bergerak apabila sudah penuh, dan perjalanan dari rumah aku nak ke KK ambil masa dalam sejam sebab bas yang selalu berhenti untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Keadaan dalam bas masa tu, masyaALLAH…sangat padat dan ramai, jarang sekali tidak penuh. Masa sampai kat terminal bas pula, kena tukar bas untuk ke kawasan yang kita nak tuju dalam bandar, jadi kena naik city bus. Dalam city bus ni lah keadaan yang sangat-sangat teruk. Ya ALLAH, semua penumpang berebut-rebut nak naik, sampai bertolak-tolak, tidak kira lelaki atau perempuan. Di dalam bas pun sama, sudah macam sardin.
Jadi, perkara utama yang aku nak kata ialah batasan aurat antara lelaki dan perempuan, kalau dah bersempit-sempit pasti akan berlaku persentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim kerana penumpang dalam bas yang bercampur. Inilah perkara yang aku sangat-sangat tidak suka, dan aku sangat geram bila ada penumpang lelaki yang duduk di sebelah tempat duduk aku.
Bagaimana nak atasi masalah ni? Pada pendapat aku, tidak salah jika diasingkan tempat antara lelaki dan perempuan. Contohnya, di dalam KTM dan LRT, walau hanya pengasingan tempat duduk, memberi makna yang amat besar. Mungkin banyak lagi perkara lain yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini.
Sekian.
p/s: Islam itu MUDAH, tapi jangalah cuba untuk mempermudahkannya. Mudah dengan mempermudahkan adalah dua perkara yang berbeza.
haha..berhimpit-himpit mcm sardin. ingat pula bas di upsi. berebut2 pun mcm ikan sardin mau masuk tin suda..hahaha :) nasib baik kita suda expert bab tu kan..
ReplyDeleteusaha ini perlukan keberanian dan keterbukaan minda pemimpin negara hari ini.
ReplyDeletejangan takut pada bayang-bayang..
ktm dah buat hub untk wnita ke? yg tu bkn hnya untk ruang menunggu ke?
ReplyDelete