Saturday 30 April 2011

Belajarlah menulis di atas pasir

lembutkan hati memberi kemaafan ^^


Assalamualaikum wbk..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. .
Segala puja dan puji bagi ALLAH, Tuhan yang satu. Pemilik cinta Agungku, yang maha kuasa atas segalanya. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat serta sekalian anbiya.

Alhamdulillah, dalam penulisan ni aku nak kongsi satu cerita yang pada aku sangat baik untuk dijadikan teladan buat diri kita. Hakikatnya manusia sangat sukar untuk memberi kemaafan, begitu juga dengan diri aku. Sekali aku terluka, aku akan ingat sampai bila-bila, aku pernah pegang kata-kata ni. Tapi, aku sering lupa, ALLAH maha pengampun dan pemaaf, jadi sebagai hambaNYA, aku dan kita perlu  ada sikap memberi kemaafan. Kata oranag putih, just forgive and forget. insyaALLAH, hidup akan tenteram. Semoga aku dan kalian akan diberi kekuatan untuk terus memberi kemaafan, menerima kemaafan dan juga memohon maaf. Maafkan aku..

Kisah bermula . . .

DUA orang sahabat karib sedang berjalan melintasi sebuah gurun pasir. A dan B. Di tengah-tengah perjalanan, tiba-tiba sahaja tercetus pertengkaran di antara mereka berdua. A telah menghadiahkan B satu tamparan yang hinggap di pipinya. B berasa sangat sakit hati tetapi tidak bertindak balas. Tanpa berkata apa-apa, B menulis di atas pasir : Hari ini, sahabat baik ku telah menampar mukaku. Kemudian mereka menruskan perjalanan sehinggalah mereka menemui sebuah kawasan subur di padang pasir. Mereka mengambil kata sepakat untuk mandi di oasis tersebut sebelum meneruskan perjalanan yang masih jauh.
Dalam asyik membersihkan diri masing-masing, B nyaris tenggelam dan lemas tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya, A. Ketika B mulai sedar dari lemas dan hilang rasa takut, dia menulis di atas sebuah batu : Hari ini,sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku.
A bertanya: “kenapa setelah aku melukai hatimu,kau menulis di atas pasir. Dan sekarang,kenapa pula kau menulis di atas batu? Sambil tersenyum, B berkata : :“ketika seorang sahabat melukai kita,kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapuskn tulisan itu. Dan apabila sesuatu yang luar biasa terjadi,kita harus memahatnya di atas batu hati kita,agar tidak hilang ditiup sang bayu.”
Moral cerita, dalam kehidupan seharian kita, sering terjadinya perbezaan pendapat dan konflik disebabkan oleh pandangan kita yang juga berbeza-beza. Oleh itu,cubalah untuk saling memaafkan dan melupakan perselisihan lalu. Belajarlah menulis di atas pasir.
Seperti jua kata para hukamak- “Lupakanlah kesilapan yang dilakukan oleh orang lain kpd kita,tetapi ingatlah kebaikan orang kepada kita,lupakanlah kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain,tetapi ingatlah kesilapan dan keburukan yang kita lakukan kepada orang lain..” kerana hidup ini terlalu singkat untuk kita tidak melakukan kebaikan dan memaafkan kesilapan insan lain..kerana setiap makhluk akan kembali kepadaNya. Wallahualam.
sumber: Kalam LPS UPSI

p/s: lupakan perbuatan buruk orang lain pada kita, tapi kenanglah kebaikkan orang lain pada kita ^^

No comments:

Post a Comment