Sunday 10 July 2011

kelapangan..

image by Google

Assalamualaikum..

kelapangan terkadang menjeruk rasa.
membuat kita memikirkan apa yang sudah selayaknya kita lupakan.
membuat kita mengenang apa yang sudah sepatutnya kita tinggalkan.
lantas, membuat kita bersedih.
mengisi kelapangan dengan rasa sedih yang pernah kita tinggalkan,
tentunya bukan keputusan yang baik.
ya, 
seharusnya kelapangan itu membuat kita sedar,
bahawa kita sebenarnya belum mampu melupakan kesedihan kita.
kita hanya menutupi rasa sedih itu dengan kesibukan demi kesibukan.
kita membungkus rasa sedih itu jauh dalam hati,
menyembunyikannya dari diri sendiri.
biar kelapangan yang ‘mengamit’ kesedihan itu membuat kita sedar,
bahawa kita belum benar - benar melupakan kesedihan itu.
biar kelapangan itu membuka mata kita.
biarkan kelapangan menjadi saksi,
bahawa kita terkadang menjadi pembohong pada diri sendiri.
biar kelapangan menjadi guru,
yang mengajar kita untuk keluar dari kesedihan.
biarkan ia mendidik kita walau dgn kesakitan.
kerana sesungguhnya,
mengisi kelapangan dengan rasa sedih yang pernah kita tinggalkan,
tentunya bukan keputusan yang baik.



sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

No comments:

Post a Comment