Monday 11 July 2011

Layakkah kita menghukum?



Assalamualaikum wbk..

Segala puji bagi ALLAH SWT, Tuhan yang satu dan tiada taranya. Selawat serta salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sekalian sahabat. Alhamdulillah..

Seringkali hati ini tertanya, otak ligat berfikir persoalan yang bertalu-talu menjengah kotak fikiranku, tambahan pula bila melihat "golongan-golongan mereka dengan urusan mereka".

"tak takut mati kah? tak takut Allah kah? amalan dah banyak kot...."

"keluarga mereka bagaimana?  mereka tak sayang keluarga kah?  (banyak betul persoalan yang menjengah)"

Terdetik di hati untuk bertanyakan soalan ini kepada mereka-mereka, tapi alhmdulillah, aku sedar siapa aku, layakkah aku untuk menilai orang lain. Layakkah aku untuk menghukum mereka yang menjadi begitu?  Mereka juga manusia, ada akal, ada hati, ada perasaan, ada nafsu, sama macam aku. Tidak bolehlah aku mahu menyalahkan mereka seratus peratus.
Persoalan sebegini tidak mampu aku jawab, hanya perlu bersangka baik akan mereka..
Seringkali kita dengar..

"Ayah dan mak dah tak nak tengok muka aku lagi. Mereka malu atas perbuatan aku. Kekasih dah lari tinggalkan aku dan anak yang aku kandungkan. Family aku dah buang aku..”

Ada juga yg menjawab :

"kerana ini sudah ditakdirkan Allah"

Takdir??

Kenapa kita perlu salahkan takdir? Sedangkan kita boleh mengubah dan mengatur cara hidup kita sndiri. Aduhai saudaraku,  mengapa kita perlu salahkan takdir Allah.  Allah juga telah berfirman bahawa 'tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dengan tangan mereka sendiri' ..

Allah telah aturkan jalan yang terbaik buat hamba-hambaNya, terpulang kepada mereka untuk memilih jalan mereka sendiri.  Mengapa masih memilih untuk menjadi jahat sedang jalan untuk menjadi baik itu adalah lebih senang daripada menjadi jahat. Mengapa berputus asa dari rahmat Allah, sedangkan ketika 1 pintu rahmat Allah telah tertutup untuk kita, maka akan dibukakan untuk kita 99 pintu yang lain.

Subhanallah, begitu sekali sayang Allah pada kita. Begitu sekali baiknya Allah pada kita, tapi mengapa kita jadikan Allah murka atas segala perbuatan kita? Dan kita berkata,

"aku dah jadi jahat, mana mungkin Allah akan menerima aku sebagai hambaNya".

Wahai saudaraku sekalian, ayuh, bersangka baiklah dengan Allah. Sebagaimana kita gembira bertemu dengan kekasih hati, malah Allah lebih gembira daripada itu.

Sebagaimana kita menyayangi kekasih hati sepenuh jiwa, namun sayang Allah akan kita lebih daripada itu, betapa luasnya nikmat pemberian Allah, tapi sayang hanya kita sahaja yang tidak tahu untuk menghargai pemberiannNYA.

Banggalah menjadi hamba Allah, tanamkanlah rasa cinta pada Allah dalam diri kita, kerana cinta Allah pada hambaNya sangat tidak ternilai.

Demi cinta Allah pada hambaNya, Allah telah berfirman:

".. dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hambaNya yang bertaubat, serta memaafkan kejahatan-kejahatan yang telah mereka lakukan dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan", surah an-nisa (4:16). 



sumber: halaQah.net


p/s: kita hanya insan, tidak layak untuk menegur. Tegurlah dengan cara yang berhemah..insyaALLAH


sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

No comments:

Post a Comment