Tuesday 20 September 2011

Usia itu..


Assalamualaikum wbk

Segala puji bagi ALLAH SWT Tuhan yang satu dan tiada taranya. Selawat dan salam buat junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga serta sahabat.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Syukur atas segala nikmat kurniaanNya. Sekian lama diri ini tidak mengungkap dan bermadah kata di laman ini, rasa rindu yang mendatang membuatkan aku terdetik untuk menulis. Ya, setiap perkara pasti ada pasang surutnya. Di laman ini, aku mahu mencoret sedikit kata syukur atas nikmat ALLAH yang masih memberi ruang dan peluang buat diri untuk terus bernyawa di bumi ini. Alhamdulillah.

Tarikh 19 September 1991, tarikh keramat seorang mama melahirkan anaknya. Aku sangat suka dengan angka ni. Cantik dan bermakna buat aku. Tapi, aku lebih tertarik dengan tarikh 10 Rabiulawal 1412H. Hari Khamis dan malam jumaat (antara maghrib dan ishak). Itu kata mama yang melahirkan aku. Melahirkan seorang anak dengan rasa penat dan payah. Tidak tergambar akan rasa sakit itu. Kini, umur aku meningkat lagi. Menandakan bahawa usia aku semakin singkat. Ramai yang mendoakan semoga umur panjang. Tapi, hakikat kehidupan yang dah ditetapkan sejak azali lagi, semakin meninggkat angka umur itu maka semakin dekat diri kita menuju kematian.

Usia sekadar angka yang mengingatkan aku kepada kematian. Apa yang sudah aku lakukan dalam usia ini? Dalam usia yang sudah dewasa ini, apa yang telah aku kecapi? Sungguh, aku masih mencari dan terus dalam pencarian yang belum berkesudah. Sebagai anak gadis yang kian dewasa, banyak yang aku impikan dalam hidup. Namun, yang banyak itulah belum aku kecapi dan peroleh. Usaha dan usaha. Ya! pasti akan ada hasilnya. Usaha, doa dan tawakkal kepadaNya.

Terima kasih atas doa dan ucapan daripada mama dan bapa yang dirindui. Terima kasih juga buat abang dan adik-adik yang mendoakan aku. Terima kasih kepada sekalian sahabat yang mendoakan insan lemah ini. Doaku, dikala usia semakin menginjak dewasa, aku semakin matang dalam melayari bahtera kehidupan sebagai hamba Ilahi yang masih dalam pencarian, yang masih lemah dalam setiap perkara. Semoga diusia yang berbaki ini, dapat aku manfaatkan dengan sebaiknya. Menjadi hamba kepada ALLAH dan ummat Nabi Muhammad SAW.. insyaALLAH..

umur semakin meningkat,
usia semakin singkat,
gunakan di jalan berkat,
semoga hidup mendapat rahmat..

p/s: wah.. umur dah masuk angka 2.. cepatnya masa berlalu, tak akan dapat diundur kembali..


sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

No comments:

Post a Comment