Monday 19 September 2011

Wahai Da'i.. malulah



Assalamualaikum wbk . . .
Malulah wahai da’i,
kata mata sering membaca quran,
tapi mengapa masih mata kau gunakan,
melihat wayang yang merosakkan,membaca komik yang melalaikan?

Malulah wahai da’i,
kata telinga sering mendengar peringatan,
tapi mengapa masih telinga kau gunakan,
mendengar lagu yang hanya untuk keseronokan,
mendengar bersama fitnah dan umpatan?

Malulah wahai da’i,
kata kaki sering menapaki jalan perjuangan,
tapi mengapa masih kaki kau gunakan,
menuju tempat yang jelas melalaikan,
bahkan jarang ke masjid kau langkahkan?

Malulah wahai da’i,
kata tangan sering menulis kebaikan,
tapi mengapa masih tangan kau gunakan,
menekan capaian (link) yang merosakkan,
menaip di ruang sembang tiada batasan?

Malulah wahai da’ikata hati ingin kau bersihkan,
tapi mengapa masih hati kau gunakan,
mengiyakan segala dosa kemaksiatan,
menyokong hasutan nafsu dan syaitan?

Sedarlah wahai da’i,cukuplah pengkhianatan kita lakukan,cukuplah menghampiri sifat kemunafikan,walau ku tahu da’i bersifat kemanusiaan,terkadang sering melakukan kesilapan,tapi jangan jadikan itu alasan,untuk berterusan mengulangi kesalahan,namun jadikannya satu sumber kekuatan,menanam azam untuk mengambil pengajaran,ayuh da’i sejati perlu kita buktikan!

“Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidaklah kamu berpikir?” [QS al-Baqarah, 44]

“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan”[QS ash-shaff, 61:2-3]

p/s: peringatan dan nasihat buat diri juga sekalian sahabat yang selalu khilaf dalam percaturan kehidupan..
.hati menangis terkenang dosa sendiri, maksiat yang masih melingkari.
.moga Allah masih sudi ampuni, dan tidak menarik hidayah itu pergi.
.Allahumma amin. :)


sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

No comments:

Post a Comment