Sunday 21 November 2010

Dah Berapa kali?

bacalah . .


Assalamualaikum . . .


"Apa yang berapa kali? Soalan tak jelas la", Itu mungkin persoalan yang timbul dalam benak masing-masing saat melihat tajuk ni kan. "Bagi lah soalan yang detail..ni, lansung tak jelas, banyak yang boleh berapa kali tu. Berapa kali makan sehari, berakali chatting sehari.." dan macam-macam lagi yang berapa kali.


Jika lebih jelas, soalannya berbunyi begini, "Dah berapa kali khatam Al-Quran?". Oh, kini fahamlah sudah ya. Maka, apabila soalan macam ni yang ditanya, akan banyak dan pelbagai jenis jawapan yang diberi, dan yang pastinya tak kena dengan skema jawapan sebenar (macam exam pulak). Tapi, itu lah ragam kita.


Ada yang tidak ingat sudah berapa kali khatam Al-Quran, kalau sudah banyak kali dan tidak mampu terhitung itu lebih baik. Namun, ada yang hanya sekali sahaja khatam Al-Quran dalam seumur hidupnya. Itupun sewaktu kecil dulu dan sempat pula membuat majlis khatam beramai-ramai. Ada juga yang khatam setiap kali Ramadhan, namun ada ada yang masih gagal mengkhatamkan Al-Quran diluar bulan Ramadhan. Tetapi, bagi mereka yang khatam lebih daripada sekali dalam setahun, maka TAHNIAH!


Al-Quran dapat dikhatamkan sekali setahun jika membaca Al-Quran secara konsisten, dua muka surat sehari sahaja. Mudah bukan? Kalau baca novel cinta, komik dan yang sewaktu dengannya cepat saja khatam. Tapi, apabila sebut pasal mengaji sangat liat pula tangan untuk mencapai Al-Quran yang disimpan di atas almari hingga berhabuk. Malah, hadir pula mulut-mulut yang menghidangkan seribu satu alasan. Sibuk kononnya, bila berfacebook tak pula sibuk, bila blog walking tak pula sibuk. Padahal Al-Quran sudah disimpan rapi di atas rak atau almari.


Baginda Nabi SAW bersbda: 


"malaikat akan mengucup kening orang yang khatam Al-Quran"

Malah, Rasulullah juga pernah menyarankan agar mengkhatamkan Al-Quran setiap bulan. Maksud sabda Baginda saw :

"Bacalah (khatamlah) Al-Quran setiap bulan" kemudian Abdullah Bin Amru berkata: 
"Tetapi aku mampu buat lebih dari itu". Rasulullah saw bersabda lagi, "Maka bacalah setiap 20 hari." Abdullah bin Amru berkata, "Tapi aku mampu buat lebih dai itu." Rasulullah saw bersabda lagi, "Maka bacalah setiap tujuh hari tetapi jangan lebih daripada itu." (Riwayat al-Bukhari no.4767 dan Muslim no.1159)


sumber: Solusi 24

p/s: pesanan buat diri sendiri dan semua insan.. sama-sama lah kita muhasabah, dah berapa kali khatam al-Quran? Banyakkan amal sementara masih diberi peluang.

-wallahualam-


2 comments:

  1. Oh....lemahnya aku..bacalah setiap selepas solat sekurang2nya 1 muka..sama2 kita amalkan..hu...

    ReplyDelete
  2. eya..biar istiqamah..insyaALLAH, dipermudahkan :)

    ReplyDelete