Saturday 6 November 2010

Lelaki Pelindung Wanita

picture by sleena devianART


Assalamuallaikum wbk . . .

Dalam permasalahan sosial sekarang seperti isu buang bayi yang semakin meruncing, masyarakat terus menyalahkan pihak wanita yang kononnya lemah, mudah terpedaya dan sebagainya. Namun, kita sering melupakan bahawa isu ini bukan hanya berpunca dari satu pihak sahaja. "Tepuk Sebelah Tangan Takkan Berbunyi". Kita sering melupakan bahawa kelahiran yang sepatutnya suci murni itu turut dicemarkan oleh "ayah" yang tidak bertanggungjawab. Maka seeoloknya kita merenung kembali peranan lelaki terhadap wanita seperti yang dianjurkan oleh Allah dalam Al Quran;

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka..." (surah al-Nisa', 4:34).


Jika kita sama-sama renung ayat ini, terdetikkah di hati kita betapa besar dan beratnya amanah yang telah Allah berikan kepada kaum lelaki untuk menjadi pemimpin pada wanita. Betapa Allah telah memberi kepercayaan pada lelaki untuk memikul amanah itu kerana beberapa kelebihan yang Allah berikan pada lelaki dan tidak ada pada wanita. 

Namun, hari ini, adakah lelaki telah berperanan sebagai pemimpin dan adakah wanita juga telah menjalankan peranan sebagai orang yang dipimpin? 


Tujuan enti bukan untuk menyalahkan lelaki atau perempuan, namun untuk kita merenung kembali fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah tentang peranan lelaki dan perempuan. Allah mengurniakan lelaki sifat yang gagah, rasional dan bersifat suka pada penyelesaian. Sebaliknya perempuan dikurniakan sifat lemah lembut, beremosi dan sukakan sesuatu yang bersifar proses. Nah, lihat! Maha Bijaksana Allah mencipta lelaki dan perempuan dengan satu sifat yang saling melengkapi, bukan untuk menunjuk-nunjuk siapa yang lebih dominan, tapi untuk berganding bahu memainkan peranan supaya tidak pincang kehidupan ini.

Lelaki itu sepatutnya pemimpin, bukan diktator!
Allah telah memuliakan lelaki sebagai pemimpin kepada wanita. Islam telah meletakkan garis panduan yang lengkap sebetulnya bagaimana peranan pemimpin yang dimainkan oleh lelaki. Peranan lelaki sebagai suami, ayah, abang dan anak itu adalah sebagai pelindung kepada wanita-wanita di bawah tanggungjawabnya. Antara peranan lelaki dalam melindungi wanita dan keluarganya adalah;
  • Memastikan prinsip Islam terlaksana dalam keluarga.
  • Menjadi teladan yang baik. 
  • Memastikan komunikasi yang baik dalam keluarga.
  • Memastikan keluarga terhindar dari azab neraka. 
"Hai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka.. (At-Tahrim, 66:6)

Wahai lelaki, jika anda tahu betapa pentingnya peranan anda dalam kehidupan wanita, pasti anda sebagai lelaki tidak akan sanggup membiarkan kekasih-kekasih anda membuang "benih" yang telah anda semai. Pasti anda tidak sanggup membiarkan ibu anda meniti hari-hari tua tanpa kasih sayang dari anda, dan pasti jua anda tidak tegar untuk menjadi dayus dengan membiarkan isteri-isteri dan anak-anak perempuan anda dipukul, dan dibiarkan tanpa pembelaan dan nafkah.

Namun, bagaimana seharusnya lelaki sebagai pemimpin? adakah umpama diktator yang hanya memberi arahan? Tidak sama sekali! Islam tidak pernah memuliakan lelaki sebagai pemimpin dengan tujuan supaya ia dapat menindas kaum perempuan. Malah Islam telah menganjurkan lelaki supaya berlemah lembut dengan wanita. Misalnya, suami diangkat sebagai ketua keluarga, namun Islam tidak menidakkan hak isteri untuk berbincang dan memberi idea atau cadangan. Islam meletakkan hak pada suami untuk memukul isteri, namun ia adalah jalan terakhir dan dengan penuh hikmah. Bahkan Rasulullah sendiri menganjurkan supaya berbuat baik dengan isteri.

    "Lelaki yang paling baik adalah lelaki yang paling baik terhadap isteri dan keluarga".

Sesungguhnya, wanita itu satu amanah dari Allah, maka lindungilah ia kerana ia jua sebahagian dari lelaki.

"Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak" (Surah Al- Araf:189).

Wallahu'alam

p/s: Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling berharga. Disebabkan kerosakan hati itulah berlakunya kerosakan-kerosakan yang lain. Rajin-rajinkanlah membersihkan hati

4 comments:

  1. ambik iktibar le wahai lelaki semua.. jadilah lelaki pencinta wanita... hihihihi

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni lebih banyak yang mengambil kesempatan, kurang sangat lah yang berminat nak membimbing...

    ReplyDelete